Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 134 orang pagi ini berbanding 136 orang semalam.

Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 1,136 daripada 286 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 791 orang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan 252 orang daripada 52 keluarga ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, Kuching manakala baki di lapan PPS lain.
Kawasan terlibat banjir ialah Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Sungai Batu, Kampung Surih Iban, Taman Malihah, Kampung Tengah Sungai dan Kampung Rantau Panjang di sekitar Kuching.
Sementara itu, kawasan terjejas banjir di Kota Samarahan ialah Kampung Plaie, manakala di Lawas ialah Kampung Siang Siang.
Di Johor, jumlah mangsa banjir di Segamat berkurangan kepada 134 orang daripada 36 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 136 orang semalam.
Pengerusi JPBN, Asman Shah Abd Rahman, berkata 40 orang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek (18 orang), Balai Raya Kampung Sanglang (14 orang), Dewan Serbaguna Kampung Tandong (39 orang) dan baki di Balai Raya Kampung Paya.
“Dua sungai di Segamat dilaporkan melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap dengan bacaan 9.11m dan Jeti Sungai Tekam pula merekodkan 4.04m,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut memaklumkan dua jalan ditutup sepenuhnya, iaitu Jalan Felda Tenggaroh 3 di Mersing susulan cerun runtuh dan Jambatan Kesang-Sungai Rambai di Tangkak yang rosak akibat banjir. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.