`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, January 2, 2026

PN Pahang stabil, komponen sentiasa kerjasama, kata Saifuddin

Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah berkata PN Pahang juga konsisten menganjurkan program bagi menghadapi PRU16.

saifuddin abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah berkata PN turut menjadi pembangkang konstruktif di Pahang sejak tiga tahun lalu.
PETALING JAYA:
 Di sebalik peletakan jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) beberapa negeri, gabungan itu di Pahang kekal stabil dengan PAS, Bersatu dan Gerakan sentiasa bekerjasama.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, berkata PN Pahang juga konsisten menganjurkan program “PN Teraju Pahang” (PTP) bagi menghadapi PRU16, dengan program terbaru “Hogoh Jelai” mendapat sambutan hangat.

Menurutnya, PN turut menjadi pembangkang konstruktif di Pahang sejak tiga tahun lalu, dengan setiap Adunnya diamanahkan portfolio tertentu bagi memantau portfolio dipegang menteri besar dan exconya.

Bekas pengerusi PN Pahang itu berkata, banyak perkara diperjuangkan gabungan di negeri itu, antaranya pembangunan seimbang di seluruh Pahang, bukannya hanya tertumpu di Pahang Timur dan Tengah.

Ia turut memperjuangkan pembinaan infrastruktur mampan, dengan keutamaan untuk jalan perhubungan antara daerah, penyelenggaraan jalan dan bekalan air lebih sistematik serta peratusan tertentu kutipan hasil daerah dikembalikan kepada daerah.

Katanya, ada beberapa isu penting yang belum selesai, antaranya pemilikan tanah, bekalan air sering terputus, cukai tanah membebankan, sistem perparitan dan saliran gagal mengatasi masalah banjir dan perumahan rakyat terbengkalai.

“PN Pahang akan menyertai PRU16 dengan tawaran-tawaran segar untuk rakyat,” katanya dalam tulisan ‘Merentas Ruang’ diterbitkan di Sinar Harian.

“Sebahagiannya untuk menyelesaikan isu-isu semasa, manakala sebahagian lagi untuk pembangunan masa depan. Ini melibatkan gagasan, dasar dan program untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat dalam makna sebenar.”

Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan pengerusi PN mulai semalam, disusuli Azmin Ali (pengerusi PN Selangor), Sahruddin Jamal (pengerusi PN Johor), Ahmad Faizal Azumu (pengerusi PN Perak) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (pengerusi PN Negeri Sembilan). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.