`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 29, 2026

Kempen Cabutan Simpan SSPN kembali dengan hadiah RM1.4 juta

Pengerusi PTPTN Norliza Abdul Rahim berkata, kempen bermula 1 Jan itu tawar hadiah untuk 954 pemenang dalam tiga cabutan istimewa.

Pengerusi PTPTN Norliza Abdul Rahim (kanan) bergambar bersama hadiah utama Cabutan Simpan SSPN 2026 iaitu sebuah kereta Honda CR-V pada majlis pelancaran kempen itu hari ini. (Gambar PTPTN)
PETALING JAYA:
 Sebagai tanda penghargaan kepada pendeposit Simpan SSPN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah yang lumayan bernilai hampir RM1.4 juta.

Pengerusi PTPTN Norliza Abdul Rahim berkata, kempen yang bermula sejak 1 Jan lalu itu menawarkan hadiah untuk 954 pemenang dalam tiga cabutan istimewa iaitu Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 (kategori tahunan), Cabutan WOW! Plus Siri dan Cabutan Simpan SSPN Baru Slay!

Katanya, paling menarik Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 menawarkan hadiah utama sebuah kereta Honda CR-V dan untuk tempat kedua kereta Perodua Ativa untuk dua pemenang serta hadiah wang tunai untuk pemenang yang lain.

“Buat julung kalinya, PTPTN turut memperkenalkan Cabutan Simpan SSPN Baru Slay! bagi menarik minat penyertaan generasi muda.

“Cabutan ini terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus berumur 16 hingga 29 tahun yang buka akaun atau buat penambahan simpanan dalam tempoh kempen,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran kempen itu di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.

Katanya, pendeposit juga hendaklah membuat simpanan melalui aplikasi myPTPTN dalam tempoh kempen untuk menyertai cabutan ini.

Menurutnya, untuk menyertai kempen ini pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap simpanan bersih RM50 merangkumi simpanan dan takaful layak mendapat lima cabutan secara automatik.

Tambahnya, pendeposit yang membuat simpanan melalui aplikasi myPTPTN, potongan gaji atau debit terus akan menikmati bilangan cabutan berganda iaitu 10 cabutan.

“Melalui pendekatan ini, PTPTN berharap memperkukuh amalan penabungan secara digital, selamat dan berterusan serta menggalakkan disiplin menabung dalam kalangan pendeposit,” katanya.

Pada majlis yang sama, PTPTN turut meraikan pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 Kategori Cabutan WOW! Tahunan dan Cabutan Siri WOW! Superheroes.

Pemenang bagi Hadiah Utama Cabutan WOW! Tahunan Kategori Platinum dan Kategori Gold memenangi kereta Mercedes-Benz A250 4Matic dan Honda Civic RS. Seorang pemenang utama Cabutan Siri WOW! Superheroes membawa pulang wang tunai RM30,000. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.