`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 1, 2026

Selepas ulama, Pemuda PAS Selangor juga sokong Sanusi jadi pengerusi PN

Kepemimpinan Sanusi mampu beri nafas baharu kepada PN, selari dengan realiti politik semasa, kata Sukri Omar.

Sukri Omar
Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar berkata, PN perlu kesinambungan yang lebih segar untuk rakyat dan negara, tak boleh ‘terus dibuai nostalgia’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Pemuda PAS Selangor menyokong cadangan agar Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN), menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar berkata, kepemimpinan Sanusi mampu memberi nafas baharu kepada PN selari dengan realiti politik semasa dan cabaran besar sedang dihadapi rakyat serta negara.

Katanya, PN memerlukan kesinambungan yang lebih segar untuk rakyat dan negara, tidak boleh ‘terus dibuai nostalgia’.

“Beliau telah membuktikan keupayaannya sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman mentadbir. Beliau berani mempertahankan hak rakyat negerinya, malah konsisten dan tidak takut menyuarakan tuntutan hak Kedah seperti isu royalti air mentah biarpun mendapat tentangan ramai pihak termasuk kerajaan pusat.

“PN perlu dipimpin seseorang yang mempunyai keberanian dan tidak retorik seperti Sanusi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, Sanusi mempunyai karakter unik tersendiri yang mampu diterima setiap lapisan masyarakat dan latar belakang.

“Hubungan kukuh beliau dengan rakyat dan akar umbi, terutamanya dalam kalangan anak muda, sangat memberi nilai tambah kepada imej PN dalam kalangan anak muda bagi menghadapi cabaran politik mendatang.”

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahaya dilaporkan bersetuju dengan cadangan ‘banyak pihak’ agar Sanusi menjadi pengerusi PN.

Beliau memberitahu FMT, Sanusi digeruni lawan dan memahami politik negara.

PAS setakat semalam belum memutuskan sebarang nama untuk dicalonkan sebagai pengerusi PN, memaklumkan isu itu akan dibincangkan oleh majlis tertinggi gabungan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.