Dana itu berkait projek pembangunan hartanah di ibu negara yang dipercayai digunakan suspek untuk kepentingan peribadi dan pelaburan.

Sumber berkata dana itu berkait satu projek pembangunan hartanah di ibu negara berjumlah kira-kira RM8 juta yang dipercayai digunakan suspek untuk kepentingan peribadi dan pelaburan.
Perintah reman selama empat hari sehingga 25 April dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Kata sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 9.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2023 hingga 2025.
“Wang berjumlah kira-kira RM8 juta iaitu wang amanah yang sepatutnya digunakan bagi penyelenggaraan sebuah bangunan dipercayai masih belum diserahkan kepada pihak pemaju,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.