Polis tahan seorang suspek untuk bantu siasatan ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 11.30 pagi apabila warga emas itu dipercayai cedera secara tiba-tiba tanpa sebarang perselisihan faham atau pertengkaran.
Katanya, mangsa kemudiannya dibawa ahli keluarga ke sebuah klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, mangsa ditempatkan di zon merah dan diberikan rawatan kecemasan, termasuk bantuan pernafasan sebelum dimasukkan ke wad, namun disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang semalam.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan daya tumpul pada bahagian kepala, yang menyebabkan keretakan tengkorak serta pendarahan dalam otak,” kata Yusoff dalam kenyataan, lapor Bernama.
Sehubungan itu, seorang individu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu.
Justeru, Yusoff menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.