`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, July 26, 2026

Calon BN Lenggeng bantu mangsa kemalangan ketika berkempen

 Asna Amin ternampak kemalangan ketika dalam perjalanan ke satu program.

Asna Amin (kanan, baju biru dan bertopi) dan pasukannya memberi bantuan kepada mangsa kemalangan, ketika berkempen di Lenggeng. (Gambar Asna Amin)
SEREMBAN:
Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Lenggeng, Asna Amin, membantu beberapa mangsa kemalangan jalan raya ketika berkempen sempena PRN Negeri Sembilan.

Asna ternampak kemalangan itu ketika dalam perjalanan ke satu program di Lenggeng, melibatkan satu keluarga.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Alphard dan Perodua Axia, dan beberapa mangsa berada di lokasi kejadian.

Asna Amin
Asna Amin.

“Saya terus membantu menghantar mereka ke klinik kesihatan berhampiran. Saya doakan semoga Allah mengurniakan kesembuhan buat mereka,” katanya kepada FMT.

Asna turut menenangkan mangsa sementara menunggu mereka mendapatkan rawatan, katanya.

DUN Lenggeng menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Asna, Zarinna Abu Zarin (Pakatan Harapan), dan Zool Amali Hussin (Bersatu).

Pada PRN 2023, Asna menang dengan hanya majoriti 685 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Ketika itu, PH yang memenangi kerusi itu pada PRU 2018 memberi laluan kepada BN untuk bertanding atas dasar kerjasama dalam kerajaan perpaduan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.