`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, July 16, 2026

Tok Mat pertahan Rantau, Jalaluddin kekal tandingi Pertang

 Mohamad Hasan dan Jalaluddin Alias masing-masing akan mempertahankan DUN Rantau dan Pertang.

Tok Mat, Jalaluddin tile pic 15726
Mohamad Hasan dan Jalaluddin Alias akan mempertahankan kerusi masing-masing pada PRN Negeri Sembilan akan datang.
PETALING JAYA:
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan akan mempertahankan DUN Rantau pada PRN Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung 1 Ogos ini.

Pertaruhan tersebut diumumkan beliau sendiri pada majlis pengumuman calon untuk PRN Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini.

Pada PRN 2023, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat mempertahankan DUN Rantau yang disandang sejak 2004 dengan majoriti 10,280 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

Mohamad yang kini Ahli Parlimen Rembau itu juga pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan dari 2004 hingga 2018.


Sementara itu, Mohamad juga mengumumkan ketua BN negeri Jalaluddin Alias akan mempertahankan kerusi Pertang yang disandangnya.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu selama dua penggal pernah berkhidmat sebagai Adun Pertang dari 2013 hingga 2018 sebelum dicalonkan semula pada PRN 2023 dan berjaya mengekalkan kedudukannya, menewaskan calon PN dengan kelebihan 2,790 undi.

Sementara itu, BN mengekalkan Faizal Ramli untuk berdepan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Aminuddin Harun di Linggi.

Linggi dikatakan kerusi tradisi BN yang dipertahankan pada PRN lalu dengan kelebihan 1,461 undi.

Berikut senarai penuh calon BN:

N1. Chennah – Siow Kong Choon

N2. Pertang – Jalaluddin Alias

N3. Sungai Lui – Razi Ali

N6. Palong – Mustapha Nagoor

N7. Jeram Padang – Zaidy Abdul Kadir

N8. Bahau – Chong Fui Ming

N9. Lenggeng – Mohd Asna Amin

N10. Nilai – Lai Chien Kong

N12. Temiang – Leaw Kok Chan

N15. Juasseh – Ismail Lassim

N16. Seri Menanti – Sufian Maradzi

N17. Senaling – Qayyum Abd Jalil

N18. Pilah – Liza Mat Yasin

N19. Johol – Saiful Yazan Sulaiman

N20. Labu – Siti Nur Umaira Hasim

N22. Rahang – Yap Siok Moy

N24. Seremban Jaya – Thinalan T Rajagopalu

N26. Chembong – Zaifulbahri Idris

N27. Rantau – Mohamad Hasan

N28. Kota – Suhaimi Aini

N29. Chuah – Pau Jeou Ching

N32. Linggi – Faizal Ramli

N33. Sri Tanjung – Achutan Alagan

N35. Gemencheh – Suhaimizan Bizar

N36. Repah – Koh Kim Swee

Hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan dijadualkan Sabtu ini.

Pada PRN 2023, BN yang bekerjasama dengan PH menang 14 kerusi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.