`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, August 21, 2026

Akar umbi Umno Terengganu belum sepakat pilih PH

 Timbalan Ketua Umno Terengganu Nik Dir Nik Wan Ku berkata pihaknya terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti untuk pilihan raya akan datang.

UMNO_LOGO
Umno Terengganu fokus menghadapi pilihan raya terlebih dahulu sebelum bincang agihan jawatan seperti menteri besar.
PETALING JAYA:
Akar umbi Umno Terengganu masih berbeza pandangan mengenai bentuk kerjasama politik yang perlu dipilih, termasuk kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Terengganu Nik Dir Nik Wan Ku berkata ada pihak dalam parti yang cenderung kepada gabungan tertentu, namun belum wujud pendirian muktamad mengenai rakan kerjasama yang harus dipilih.

“Dalam Umno, tidak semua setuju. Ada individu yang suka kerjasama dengan kumpulan A dan ada kumpulan yang suka dengan kumpulan B.

“Kita belum ada kata putus muktamad daripada akar umbi sebenarnya,” katanya kepada FMT ketika ditanya sama ada ahli parti boleh menerima kerjasama dengan PH.

Nik Dir berkata Umno Terengganu mengambil pendekatan terbuka untuk berbincang dengan mana-mana gabungan, termasuk PH atau Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS.

Beliau mengulas dakwaan seorang pemimpin PKR Terengganu bahawa BN dan PH pada dasarnya bersetuju untuk bekerjasama pada pilihan raya akan datang dengan rundingan antara kedua-dua pihak sedang berjalan.

Menurut sumber itu, antara formula yang didakwa dibincangkan ialah pembahagian kerusi pada nisbah 70:30 memihak kepada BN, selain jawatan menteri besar diberikan kepada Umno sekiranya kerjasama berkenaan berjaya membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Nik Dir menegaskan rundingan setakat ini tidak menyentuh soal jawatan menteri besar atau pembahagian kerusi seperti didakwa.

“Dalam proses rundingan itu, kita tidak bincang soal jawatan menteri besar dan agihan kerusi sebab jawatan menteri besar ditentukan Tuanku.

“Di Terengganu, pilihan raya masih lambat lagi dan belum sampai masanya untuk kita bincang siapa akan jadi menteri besar,” katanya.

Nik Dir berkata fokus Umno Terengganu ketika ini adalah menghadapi pilihan raya Parlimen terlebih dahulu kerana keputusan pada peringkat itu boleh mempengaruhi percaturan politik negeri.

“Dalam politik, apa-apa boleh berlaku dan apa keputusan di peringkat Parlimen akan membawa pengaruh di peringkat negeri.

“Jadi, fokus Umno Terengganu adalah kepada pilihan raya Parlimen dahulu,” katanya.

Kerjasama BN dan PH pada PRN 2023 menyaksikannya tewas semua kerusi di Terengganu.

PN yang diterajui PAS menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN, manakala gabungan itu turut memenangi semua lapan kerusi Parlimen pada PRU15. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.