`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 11, 2019

Umno: Kalau Mahu Ungkit, Dr M Perlu Mohon Maaf Tragedi Memali

(FMT) – Pemuda Umno mengingatkan Dr Mahathir Mohamad belum memohon maaf atas tragedi Memali 1985 jika perdana menteri mahu mengungkit Amanat Hadi 38 tahun lalu, ketika Umno dan PAS bersiap sedia untuk Himpunan Penyatuan Ummah hujung minggu ini.
Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata isu PAS melabel Umno parti kafir suatu masa dulu bukan lagi isu di saat kedua-dua parti Melayu dan Islam terbesar itu mahu bersatu menuju pilihan raya umum ke-15 dan tidak perlu ‘dikenang’.
“Ia bukan isu. PAS juga boleh mendesak apa saja dilakukan Mahathir. Sehingga hari ini Mahathir tidak mohon maaf dalam isu Memali,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Mengenai tragedi Memali, Asyraf berkata peristiwa yang berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri ke-4 melibatkan kehilangan nyawa.
“Beliau perlu bertanggungjawab,” katanya. “Mahathir boleh mohon maaf secara terbuka.”
wal hari ini, Mahathir berkata PAS perlu menarik balik kenyataan Umno parti kafir sebelum kedua-dua parti itu memeterai piagam dan memuktamadkan kerjasama mereka Sabtu ini.
Ditanya adakah Umno akan meminta PAS memohon maaf atas Amanat Hadi, Asyraf berkata isu itu sudah lepas dan kedua-dua parti kini mempunyai satu hasrat yang sama sekarang.
“Kami hendak membina negara Malaysia yang asal. Kami perlu hormat antara satu sama lain. Asas yang paling kuat untuk kedua-duanya adalah Melayu dan Islam,” kata beliau.

2 comments:

  1. menuduh orang Islam lain kafir adalah isu yang besar mengikut hukum Islam berbanding isu isu lain. ada suami isteri bercerai, solat jemaah dua imam, sembelihan orang umno yg haram di makan dll. ada kah ini tidak ada isu.

    ReplyDelete
  2. menuduh orang Islam lain kafir adalah isu yang besar mengikut hukum Islam berbanding isu isu lain. ada suami isteri bercerai, solat jemaah dua imam, sembelihan orang umno yg haram di makan dll. ada kah ini tidak ada isu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.