`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Thursday, June 4, 2026

Akaun FB peribadi digodam, menteri Sabah lapor polis

 Menteri Sabah, James Ratib, kata beliau tidak akan minta sebarang maklumat sensitif melalui media sosial.

james ratib
Menteri Sabah, James Ratib, minta orang ramai berwaspada dengan cubaan penipuan dalam talian yang menggunakan identitinya. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, James Ratib, mengesahkan akaun Facebook peribadi digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan kejadian itu, beliau membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa berkaitan.

Ratib menegaskan tidak pernah dan tidak akan meminta sebarang maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, nombor telefon, maklumat peribadi, kata laluan, kod pengesahan (OTP) atau bantuan kewangan melalui media sosial.

“Sebarang mesej, hantaran, komen atau komunikasi yang menggunakan nama, gambar atau identiti saya bagi tujuan sedemikian adalah palsu dan tidak mendapat sebarang kebenaran daripada pihak saya,” menurut kenyataan.

Ratib meminta orang ramai berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang cubaan penipuan dalam talian yang menggunakan nama serta identitinya, serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi.

Katanya, sebarang maklumat rasmi berkaitan tugas dan urusan beliau sebagai menteri hanya akan disalurkan melalui saluran komunikasi rasmi yang disahkan oleh pejabatnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.