`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Thursday, June 4, 2026

KPJ Perdana bina hospital baharu di Kota Bharu, sasar lebih 300 katil

 Hospital itu akan dilengkapi infrastruktur klinikal moden dan sistem digital termasuk 'smart ward' bagi meningkatkan pemantauan pesakit serta penyelarasan rawatan.

Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud (tengah) diiringi Dr Ismail Bakar (empat kiri), Chin Keat Chyuan (tiga kiri) bersama tetamu kehormat merasmikan majlis pecah tanah di KPJ Perdana Specialist Hospital. (Gambar KPJ)
PETALING JAYA:
KPJ Perdana Specialist Hospital (KPJ Perdana) memasuki fasa pertumbuhan seterusnya dengan majlis pecah tanah kemudahan hospital baharu di Kota Bharu, dalam usaha memperkukuh kapasiti perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar bawah KPJ Health System.

Peluasan itu dijangka meningkatkan akses kepada rawatan khusus dan kompleks di Kelantan serta seluruh wilayah Pantai Timur, khususnya dalam bidang onkologi, penjagaan kritikal dan rawatan perubatan lanjutan. Ia turut bertujuan mengurangkan keperluan pesakit mendapatkan rawatan di luar rantau bagi perkhidmatan tertentu.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud, hari ini.

Hadir sama Pengerusi KPJ Healthcare Berhad Dr Ismail Bakar, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Chin Keat Chyuan, serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) merangkap Pengarah Lembaga Pengarah KPJ Perdana Zamri Ismail.

KPJ Perdana Specialist Hospital. (Gambar KPJ)

Ismail berkata, pengembangan itu mencerminkan keperluan pelaburan berterusan bagi mengukuhkan akses penjagaan kesihatan dan kapasiti rawatan di rantau ini.

“Akses kepada penjagaan kesihatan pakar yang berkualiti semakin penting seiring perubahan keperluan penjagaan kesihatan di seluruh negara, khususnya dalam kalangan komuniti di peringkat wilayah. Peluasan ini mencerminkan komitmen berterusan KPJ Healthcare dalam menyokong pembangunan penjagaan kesihatan jangka panjang di Kelantan serta memperkukuh kapasiti rawatan masa hadapan bagi wilayah Pantai Timur,” katanya.

Sementara itu, Chin berkata permintaan terhadap perkhidmatan seperti onkologi dan rawatan lanjutan terus meningkat seiring peningkatan kompleksiti penjagaan kesihatan.

“Peluasan ini penting bagi memperkukuh akses kepada rawatan lebih komprehensif di rantau ini, selaras komitmen ‘Care For Life’ dalam memastikan hospital KPJ terus berkembang mengikut keperluan komuniti,” katanya.

Apabila siap kelak, kemudahan baharu itu akan meningkatkan kapasiti KPJ Perdana kepada lebih 300 katil menjelang 2030, berbanding 151 katil ketika ini sejak mula beroperasi pada 2002.

Ia turut merangkumi lebih 80 klinik pakar, bilik bedah tambahan, unit rawatan rapi, perkhidmatan dialisis, kemudahan jagaan harian serta unit onkologi lengkap dengan keupayaan radioterapi bagi rawatan kanser.

Selain itu, hospital baharu tersebut akan dilengkapi infrastruktur klinikal moden dan sistem digital termasuk ‘smart ward’ bagi meningkatkan pemantauan pesakit dan penyelarasan rawatan, selain penggunaan infrastruktur cekap tenaga selaras agenda kelestarian kumpulan.

Peluasan ini adalah sebahagian strategi jangka panjang KPJ Healthcare bawah KPJ Health System bagi memperkukuh penyampaian penjagaan kesihatan bersepadu dan bersedia menghadapi keperluan masa depan di seluruh rangkaiannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.