`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, August 10, 2026

Ka Siong bangkit isu Dara, Amoi dan Kelat pada sidang Parlimen akan datang

 Ahli Parlimen Wee Ka Siong mengesahkan beliau akan membangkitkan isu berkaitan Dara, Amoi dan Kelat pada sidang yang akan bermula pada Oktober.

Ahli Parlimen Ayer Hitem Wee Ka Siong berkata perlu ada tindakan yang meyakinkan agar kebajikan Dara, Amoi dan Kelat benar-benar terjamin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong mengesahkan beliau akan membangkitkan isu tiga gajah — Dara, Amoi dan Kelat — pada persidangan Parlimen yang akan bermula 5 Oktober depan.

Beliau yang juga presiden MCA berkata NGO dan aktivis masih secara berterusan menyuarakan kebimbangan berkaitan tiga gajah dari Zoo Taiping itu, yang kini berada di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

“Perlu ada penjelasan yang telus dan tindakan yang meyakinkan agar kebajikan Dara, Amoi dan Kelat benar-benar terjamin,” katanya kepada FMT.

Pada 22 Jun lepas, Wee menerima memorandum daripada Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, di Parlimen bagi mendesak isu berkaitan tiga gajah itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

Neow, yang juga penyelaras Sekretariat Solidariti Bersama Dara, Amoi dan Kelat melakukan larian dari Taiping, Perak ke ibu negara bagi menyerahkan memorandum itu.

Desakan itu menyusuli gambar tular di media sosial yang mencetuskan kebimbangan orang ramai tentang kebajikan tiga gajah berkenaan dan keadaan zoo terbabit.

Wee berkata kerajaan wajar mempertimbangkan lima perkara dalam memorandum itu dengan segera, termasuk penubuhan pasukan bertindak khas, misi penilaian bebas ke Jepun, pendedahan perjanjian pemindahan 25 tahun, semakan dasar serta pelan kontingensi dan hak repatriasi.

“Mereka bukan sekadar tiga ekor gajah yang dihantar ke luar negara, tetapi merupakan sebahagian daripada khazanah hidupan liar Malaysia. Oleh itu, apa sahaja keputusan yang melibatkan masa depan mereka mestilah mengutamakan kebajikan, keselamatan dan kepentingan haiwan tersebut,” katanya.

Dara, Amoi dan Kelat dari Zoo Taiping & Night Safari tiba di Zoo Tennoji pada 11 Mac, dan dipamerkan kepada umum sejak 21 April. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, dilapor berkata penghantaran tiga gajah berkenaan bukan merupakan urus niaga komersial, sebaliknya sebahagian daripada kerjasama rasmi antara dua zoo.

Pada 6 Mei, Zoo Tennoji mempamerkan siri foto tiga gajah berkenaan, didakwa dalam keadaan baik.

Pada 22 Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia membuka keratas siasatan berhubung pemindahan tiga ekor gajah berkenaan, dengan siasatan memberi tumpuan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara serta ejen yang terlibat dalam urusan pemindahan.

Pada 9 Julai, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata siasatan tidak menemukan sebarang aliran wang atau transaksi mencurigakan yang melibatkan bekas menteri Nik Nazmi Nik Ahmad mahupun syarikat berkaitan, lapor Utusan Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.