`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, August 10, 2026

Sukma 2026: Selangor sedia tindakan susulan jika IPU tak sihat

 Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya akan ambil langkah yang dinasihatkan MetMalaysia dan Jabatan Kesihatan negeri.

shah alam skyline
Lapan kawasan di Sarawak dan satu di Selangor merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu melebihi 100 setakat 6 petang semalam.
SHAH ALAM:
Kerajaan Selangor bersedia mengambil langkah susulan berhubung penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan tidak sihat sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata berdasarkan pemantauan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Kesihatan Selangor (JPNS), kawasan Johan Setia di Klang mencatatkan trend kualiti udara melepasi paras tidak sihat berikutan faktor lokasi serta kemungkinan insiden kebakaran setempat sejak beberapa hari lepas.

“Kita akan pantau apabila sampai kepada IPU tidak sihat, kita akan ambil langkah-langkah sebagaimana yang dinasihatkan oleh MetMalaysia dan Jabatan Kesihatan negeri.

“Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) merupakan entiti penting yang akan memberikan nasihat jika IPU mencecah lebih 100, kita akan ambil tindakan seterusnya untuk tangani,” katanya pada sidang media selepas penyerahan Geran Pembangunan Negeri Selangor (SELidik) 2026.

Beliau memberi jaminan pihaknya sentiasa memantau rapi laporan rasmi daripada agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para atlet mahupun orang awam sepanjang temasya itu berlangsung.

Amirudin berkata langkah pencegahan dan penyesuaian jadual pertandingan hanya akan ditetapkan secara rasmi sekiranya keadaan cuaca merosot sehingga mencapai tahap yang membimbangkan.

“Kalau IPU tidak sihat, kita tunggu keputusan dan nasihat daripada KKM,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lapan kawasan di Sarawak dan satu di Selangor merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 6 petang semalam, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).

Di Semenanjung, Johan Setia menjadi satu-satunya kawasan berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 153. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.