`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Saturday, September 26, 2026

PM tegaskan tak campur krisis institusi diraja NS

 Anwar Ibrahim berkata pertikaian kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan perlu diselesaikan mengikut Perlembagaan serta undang-undang.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim menekankan kedudukan Raja tidak boleh dipandang ringan kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. (Gambar Bernama)
PENDANG:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mencampuri urusan berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan sebarang pertikaian mengenai institusi diraja itu diselesaikan mengikut Perlembagaan serta undang-undang.

Beliau berkata dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan oleh Malaysia, sebarang tindakan terhadap kedudukan seseorang Raja tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu berlandaskan peruntukan Perlembagaan.

“Saya kata saya tak campur. Apa yang saya campur? Undang ambil keputusan. Ada pihak yang menyokong mereka, bagi pandangan, tak ada masalah. Saya tak mahu campur.

“Tapi Undang itu pun, yang mana sah, yang mana tak sah? Pilih, selesaikan yang itu,” katanya ketika berucap pada program Sebarkan Salam dan Pendang Berselawat Bersama Anwar Ibrahim di sini malam tadi.

Anwar berkata isu membabitkan kedudukan Raja tidak boleh dipandang ringan kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang meletakkan institusi beraja dalam kerangka Perlembagaan.

Beliau berkata tindakan untuk menurunkan atau menggulingkan Raja tidak boleh dilakukan dengan mudah sebaliknya tertakluk kepada syarat dan proses yang diperuntukkan dalam Perlembagaan negeri.

“Bincanglah cara elok. Saya tak setuju semudah-mudah nak guling Raja. Tak boleh sistem kita begitu sebab itu Perlembagaan sangat jelas,” katanya.

Anwar berkata perdana menteri dan jemaah menteri juga mempunyai batas kuasa yang ditetapkan Perlembagaan, serta tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah perkara berkaitan institusi Raja-Raja Melayu.

“Perdana menteri itu ketua eksekutif mentadbir negara. Had dia apa? Dia tidak boleh pinda Perlembagaan soal Islam, soal bahasa Melayu, soal hak semua orang Melayu, soal Raja-Raja,” katanya.

Beliau berkata prinsip itu perlu dipertahankan bagi memastikan sistem Raja Berperlembagaan tidak terhakis akibat tindakan yang tidak mengikut lunas Perlembagaan.

“Kalau Raja ini kita boleh jatuhkan dengan mudah, sistem Raja akan pupus di negara kita… tapi saya faham, rakyat terutamanya orang Melayu dan banyak rakyat Malaysia… orang Cina, India pun tak mahu sistem ini digugat,” katanya.

Anwar juga berkata isu berkenaan tidak boleh dianggap semata-mata sebagai isu politik sebaliknya membabitkan sistem negara yang perlu dipertahankan.

“Kalau kita orang Melayu, dalam soal Raja Melayu jadi tonggak ini pun kita berbalah, nak suruh orang hormat kita macam mana?

“Ini masalah kita kerana faktor kebencian, geram… soal perbezaan ini yang menyebabkan kita hilang pertimbangan dan hilang siuman,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.