`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, July 6, 2026

BN Johor nafi pelajar TVET dipaksa hadir program parti

 Onn Hafiz Ghazi berkata tiada paksaan terhadap pelajar kolej TVET untuk menghadiri acara BN di Kluang.

Onn Hafiz dan Tee Boon Tsong tile pic 6726
Onn Hafiz Ghazi tepis dakwaan Tee Boon Tsong berhubung dakwaan pelajar kolej TVET dipaksa ke program BN.
BATU PAHAT:
Barisan Nasional (BN) Johor menafikan dakwaan pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dipaksa menghadiri acara politik parti itu, Sabtu lalu.

“Mana ada. Tiada paksaan,” kata Pengerusinya Onn Hafiz Ghazi mengulas dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) Perling Tee Boon Tsong.

Awal hari ini, FMT melaporkan Tee dari DAP mendakwa beliau menerima aduan pelajar kolej TVET berkenaan dikehendaki menghadiri acara di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang itu.

Tee mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN.

Beliau juga belum membuat laporan polis kerana mahu mendapatkan penjelasan Onn Hafiz dan LHDN terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz berkata perbezaan fahaman politik antara kerajaan negeri dan persekutuan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha membawa pembangunan serta menjaga kebajikan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata apa jua keputusan pada PRN Sabtu ini tidak akan mengubah keperluan untuk kedua-duanya bekerjasama.

“Tanggungjawab saya kepada 4 juta Bangsa Johor, tanggungjawab Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada 33 juta rakyat Malaysia.

“Jadi tak kiralah dia dapat sokongan atau tidak daripada Bangsa Johor, dia tetap perdana menteri.

“Walaupun (PH) kalah di Johor nanti, beliau tetap kena bantu kita di sini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.