`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, July 6, 2026

Usahawan teknologi antara kohort kecil terpilih ke Universiti Cambridge

 Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon ditawar lanjut pengajian program sarjana keusahawanan di universiti terkemuka itu.

Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon antara pengasas bersama Terapeas, aplikasi sokongan kesihatan mental.
PETALING JAYA:
Usahawan teknologi Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon antara kohort kecil terpilih melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge, United Kingdom (UK).

Beliau menerima tawaran mengikuti program sarjana keusahawanan, yang menurutnya mempunyai pengambilan kohort kecil dan proses kemasukan kompetitif.

“Ini satu penghormatan dan amanah yang saya harap dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyumbang kepada pembangunan ekosistem keusahawanan Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Wan Hasifi berkata, sebagai sebahagian daripada proses permohonan, beliau menduduki peperiksaan Graduate Management Admission Test, atau GMAT dan memperoleh skor 675.

Lulusan bidang perubatan itu memaklumkan keputusan itu meletakkannya dalam kelompok calon mendapat keputusan 4% tertinggi di peringkat antarabangsa.

Wan Hasifi memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan, sebelum beralih ke bidang keusahawanan.

Antara inisiatif diasaskannya ialah Baituljannah dan pengasas bersama Terapeas, aplikasi sokongan kesihatan mental yang menghubungkan pengguna dengan kaunselor, ahli psikologi klinikal, dan pakar psikiatri berlesen serta telah dimanfaatkan hampir 10,000 pengguna.

Wan Hasifi berkata, pengalaman membangunkan perusahaan berasaskan impak sosial mengukuhkan keyakinannya bahawa keusahawanan mampu menjadi pemangkin kepada penyelesaian cabaran masyarakat secara mampan.

“Peluang menimba ilmu di Cambridge itu diharap dapat dimanfaatkan untuk menyumbang kepada pembangunan keusahawanan dan melahirkan lebih ramai usahawan berimpak tinggi,” katanya yang berharap ada pihak mempertimbangkan menaja pembiayaan pengajian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.