`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, July 25, 2026

Mayat bayi ditemui dekat asrama IPT, penuntut ditahan

 Suspek yang juga penuntut wanita telah ditahan untuk siasatan, kata Ketua Polis Kuala Langat Akmalrizal Mohd Radzi.

baby bayi
Penemuan mayat bayi di rumah sampah asrama terbabit dilaporkan kepada polis kira-kira 12.20 tengah malam tadi oleh seorang lelaki tempatan.
PETALING JAYA:
Mayat bayi yang dibalut kain ditemukan di rumah sampah asrama sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Langat tengah malam tadi.

Penemuan mayat itu dilaporkan kepada polis kira-kira 12.20 tengah malam oleh seorang lelaki tempatan.

Menurut Ketua Polis Kuala Langat, Akmalrizal Mohd Radzi, berkata suspek yang dikenal pasti itu sudah pun ditahan untuk siasatan.

“Suspek adalah seorang penuntut wanita berusia belasan tahun yang dipercayai ibu bayi berkenaan dan dia sudah ditahan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.