`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, July 13, 2026

Pelan induk JS-SEZ akan dimuktamad dalam masa terdekat, kata Anwar

Perdana menteri berkata kedua-dua negara turut menyambut baik kemajuan pelaksanaan JS-SEZ.

anwar ibrahim n Tharman Shanmugaratnam
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat untuk memperkukuhkan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi saling menguntungkan Malaysia serta Singapura, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Kedua-dua negara turut menyambut baik kemajuan pelaksanaan JS-SEZ, katanya sambil menambah perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.

Anwar berkata, mereka turut bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Singapura, perkembangan serantau serta pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama, selain menyentuh perkembangan positif dalam usaha menyelesaikan beberapa perkara tertangguh.

“Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk terus menyelesaikan apa jua isu yang masih berbangkit melalui rundingan konstruktif, berlandaskan semangat saling menghormati dan persefahaman yang telah dipersetujui bersama.

“Semoga hubungan Malaysia dan Singapura akan terus diperkukuh berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam catatan Facebooknya.

Pertemuan kira-kira 40 minit itu berlangsung di sebuah hotel di ibu negara sempena lawatan negara tiga hari Tharman ke Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.