`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, July 13, 2026

BN solo PRU16?

 Bohonglah kalau kata Zahid Hamidi tidak mahu jadi perdana menteri. Untuk capai impian itu hanya ada satu cara iaitu tanding pilihan raya secara solo dan menang.

Mohsin Abdullah

Barisan Nasional sedang bergembira. Rightly so. Malah layak berbangga berikutan kemenangan hebat PRN Johor pada Sabtu. Bukan sahaja Ummo bahkan MIC dan MCA yang selama ini nyawa-nyawa ikan pun meraih kejayaan kali ini.

Kemenangan BN ini memang dijangkakan dan ia dicipta berdasarkan situasi unik di Johor yang tidak ada di negeri lain, tetapi ucapan tahniah buat BN is in order. Kudos.

Membawa saya kepada satu post yang dimuat naik di Facebook oleh seorang kawan FB: “Ia adalah isyarat dari penyokong BN agar Zahid Hamidi membawa BN keluar dari kerajaan perpaduan”.

Saya tidak tahu sama ada si kawan bergurau atau memerli, tetapi katalah ia saranan yang serius maka pertanyaan susulan ialah adakah Zahid akan melakukannya?

Adakah Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi BN akan setuju mereka tinggalkan kerajaan perpaduan dan tanding solo pada PRU16 mengambil kira tanding solo di Johor mendatangkan kejayaan?

After all, pemimpin tertinggi Ummo termasuk Zahid sendiri ada berkata kerjasama dengan Pakatan Harapan yang sedang terjalin hanya hingga ke PRU akan datang, dan bukanlah rahsia Umno-BN mahu kembali jadi kerajaan persekutuan — bersendirian secara mutlak.

Bohonglah kalau kata Zahid tidak mahu jadi perdana menteri. Untuk capai impian itu hanya ada satu cara iaitu tanding pilihan raya secara solo dan menang.

Kata wartawan veteran A Kadir Jasin: “Walaupun Anwar (Ibrahim) dapat jadi perdana menteri (selepas PRU15 tahun 2022) dengan bantuan anak muridnya (Zahid) tetapi sekarang anak murid bertukar menjadi ancaman nombor satu kepadanya”. Ini menurut Kadir selepas kemenangan BN di Johor yang katanya “gula-gula atas kek Zahid”. The icing on the cake, gamaknya.

Selepas menang bergaya di Johor, Zahid berkata beliau berharap kemenangan itu akan cetuskan gelombang biru di Negeri Sembilan dan Melaka. Umum tahu PRN Negeri Sembilan akan diadakan pada Ogos manakala Melaka mesti adakan PRN selewat-lewatnya September. Kata Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, kemenangan besar di Johor adalah mandat untuk kestabilan politik, dan menurut beliau, Zahid berjaya menyatukan semua komponen BN di samping memperkuatkan jentera pilihan raya gabungan.

Tetapi bukan ke menurut beberapa pemerhati termasuk kajian Ilham Centre bahawa pemimpin Umno-BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, adalah faktor kemenangan?

Ramalan ilham Centre sehari sebelum PRN Johor diadakan ada memberitahu kajian mendapati Onn lebih popular daripada PMX. Dalam erti kata lain orang Johor suka Onn. Umum tahu istana juga begitu. Tetapi ada juga satu post di Facebook yang beranggapan kemenangan BN di Johor menunjukkan rakyat tidak tolak Zahid. Ini bagi saya agak pelik kerana isu penerimaan atau penolakan Zahid setahu saya tidak timbul semasa kempen pilihan raya Johor. Untuk berlaku adil perlu dinyatakan Zambry ada juga “credited Johor BN chairman Onn Hafiz Ghazi for leading the state election machinery with dedication,” lapor The Star.

Bercakap mengenai hasrat agar ‘Gelombang Biru’ tercetus di Negeri Sembilan dan Melaka, jelas Zahid mahu prestasi hebat dan kemenangan menakjubkan berlaku di dua negeri itu, sebelum memikirkan soal PRU. Sewajarnya begitu. Zahid pasti tahu keadaan di Johor lain berbanding di Negeri Sembilan dan Melaka. Seperti dikatakan tadi keunikan Johor tiada di negeri lain.

Di Negeri Sembilan dan Johor isunya amat berbeza, dan BN bukan incumbent di Negeri Sembilan, tidak seperti di Johor. Kerajaan negeri ialah PH. Lazimnya mengiringi incumbency ialah advantages.

Di Johor antara penyumbang kemengan besar BN ialah bantuan PAS. Selain bergaduh dengan Bersatu yang melemahkan Perikatan Nasional, PAS juga secara terbuka menyeru orang Melayu sokong BN di kawasan PN tidak bertanding ‘demi perpaduan Melayu dan Islam’. Ini pada hemat saya sekadar cakap-cakap politik dan ada dalam kalangan penyokong PAS tidak setuju dengan saranan itu. Apa pun akhirnya PAS sendiri kalah di semua 11 kawasan ia bertanding. Bantu Umno-BN at its own expense.

Bak kata wartawan veteran, Zin Mahmud: “Umno menang besar. Banyak dapat undi PAS nampak. Ada apa-apa ke? Puas hati Rafizi dapat bagi satu kawasan DUN pada BN”.

Bagi Zin dan ramai pemerhati politik, kemenangan BN di Johor banyak juga atas pertolongan secara langsung atau tidak langsung parti lawan. Zin merujuk kepada Bersama, parti Rafizi Ramli yang dilihat bertindak sebagai pengacau daun yang membolehkan BN menang di kawasan tertentu.

Apabila Zin berkata ‘ada apa-apa ke’, saya kira beliau merujuk syak wasangka ramai bahawa PAS dan Umno ada jalin electoral pact secara senyap meskipun kedua-dua parti menafikan. Saya percaya kerjasama atau pakatan PAS-Umno akan terjadi secara senyap atau terbuka di Negeri Sembilan, Melaku dan pada PRU kelak.

Pun begitu presoalan penting — adakah Zahid berani bawa BN keluar kerajaan perpaduan dan bertanding solo pada PRU16?

Risiko pasti ada tetapi jika berlaku seperti 2022 di mana tidak ada parti menang jumlah kerusi mencukupi untuk tubuh kerajaan dan Parlimen tergantung, BN bolehlah bekerjasama seperti apa yang ia lakukan dengan PH pada 2022. Kali ini mungkin dengan PH sekali lagi atau dengan siapa yang berada dalam kedudakan PH dulu.

Untuk melakukan ini BN mesti menang cukup kerusi untuk ada bargaining power atau berada pada situasi di mana ada pihak mahu memikatnya. Jika kalah teruk lupakan hasrat. Tetapi jika ada jumlah kerusi yang boleh dibawa berunding — persoalannya ialah ada ke pihak yang mahu menerima mereka untuk bentuk kerajaan?

Atau ada gandingan lain wujud dan BN diketepikan. Wallahualam. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.