`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, July 12, 2026

MIC kekal dalam BN berbaloi apabila menang 4 kerusi

 Selepas menang semua kerusi ditandingi, parti mewakili kaum India dalam BN itu kini sasar ulangi kejayaan sama dalam PRN Negeri Sembilan.

Calon MIC Raven Kumar (kiri) menang di Kemelah dan R Kumaran menang di Bukit Batu dalam PRN Johor semalam.
PETALING JAYA:
Keputusan MIC terus kekal bersama Barisan Nasional (BN), selepas sekian lama mempertimbangkan masa depannya dalam gabungan itu, ternyata berbaloi apabila ia menang semua empat kerusi yang ditandinginya di PRN Johor.

Perbincangan MIC meninggalkan BN sudah lama berlarutan, khususnya selepas Perhimpunan Agung MIC November lalu apabila perwakilan memberikan mandat kepada kepimpinan parti untuk mempertimbangkan langkah tersebut berikutan rasa tidak puas hati terhadap peranannya dalam BN.

Malah, parti yang dipimpin S A Vigneswaran itu pernah diterima menyertai Perikatan Nasional (PN) pada penghujung tahun lalu, walaupun MIC menjelaskan bahawa ia hanya membuat pertanyaan mengenai kemungkinan menjadi parti komponen PN.

Bagaimanapun, PN akhirnya menarik balik tawaran tersebut selepas MIC dimaklumkan berlaku perubahan kepimpinan dalam gabungan itu, apabila PAS mengambil alih teraju daripada Bersatu.

Pada PRN Johor 2022, MIC bertanding di empat kerusi dan memenangi tiga daripadanya, iaitu Kemelah, Kahang dan Tenggaroh.

Walaupun Tenggaroh ditandingi Umno kali ini, MIC berjaya mempertahankan Kemelah dan Kahang dengan selesa, khususnya di Kahang apabila mencatat kemenangan dengan majoriti besar 12,013 undi.

Parti itu turut berjaya merampas Bukit Batu yang dipegang PKR, komponen Pakatan Harapan (PH), sejak 2013 dengan majoriti tipis 174 undi.

Satu lagi pencapaian penting ialah kejayaan merampas Perling yang dipegang DAP sejak kerusi itu diwujudkan pada 2018 dengan majoriti 1,611 undi.

Sebagai perbandingan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), parti serpihan MIC yang bertanding di bawah PN, gagal memenangi sebarang kerusi dalam penampilan sulungnya pada PRN Johor.

Semua lima calon MIPP mengalami kekalahan besar dan hilang wang deposit, walaupun keadaan itu dipercayai turut dipengaruhi oleh pergolakan dalaman PN yang melibatkan Bersatu dan PAS.

MIC dijangka lebih bersemangat selepas prestasi memberangsangkan itu dan berharap dapat mengulangi kejayaan sama pada PRN Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos.

Kerusi terakhir MIC di DUN Negeri Sembilan ialah Jeram Padang yang dimenanginya pada 2018. Bagaimanapun, parti itu tidak bertanding pada PRN 2023 apabila BN bertanding menerusi kerjasama dengan PH. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.