`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 10, 2026

Anwar janji tambah SARA jika kerajaan kekal stabil, PH terus kukuh

 Perdana menteri berkata, bantuan itu boleh dipertingkatkan kerana kerajaan urus kewangan negara tanpa ketirisan.

PM Anwar Ibrahim yang juga pengerusi PH berucap pada program Grand Finale DUN Layang-Layang di Simpang Renggam malam ini.
SIMPANG RENGGAM:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjanji kerajaan akan meningkatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kerajaan persekutuan kekal stabil dan Pakatan Harapan (PH) terus mendapat sokongan rakyat.

Beliau berkata, penambahan bantuan itu mampu dilaksanakan kerana kerajaan mengurus kewangan negara secara berhemah tanpa ketirisan.

“Dan kalau kerajaan ini stabil, rakyat sokong, Pakatan Harapan kuat, kita akan tambah SARA lagi bagi rakyat.

“Tahu sebab apa? Sebab kita bukan curi,” kata pengerusi PH itu ketika berucap pada program Grand Finale DUN Layang-Layang di Simpang Renggam malam ini, sempena PRN Johor esok.

Anwar berkata, bantuan seperti SARA diwujudkan bagi membantu golongan yang berdepan kesukaran mendapatkan keperluan harian, dan kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat yang hidup susah terus terbeban dengan kos sara hidup.

“Saya dengar ada orang miskin mahu beli minyak masak pun tidak cukup duit,” katanya.

“Macam mana saya boleh jadi perdana menteri, kereta ada, rumah ada, tetapi rakyat saya susah hendak beli barang keperluan. Sebab itu kita bagi SARA.”

Beliau turut memberi jaminan kerajaan akan terus memperkukuh bantuan kepada rakyat sekiranya mendapat mandat dan sokongan berterusan.

Tambahnya, keutamaan pentadbirannya adalah memastikan hasil negara dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan serta program kebajikan.

SARA merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

Program ini merupakan program lanjutan daripada STR dan dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan MyKasih menggunakan sistem tanpa tunai melalui MyKad. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.