`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 10, 2026

Zaliha dakwa BN biar penduduk berdepan notis pengosongan resah

 Ketua PKR Johor kata BN sepatutnya jadi pihak pertama tampil membantu penduduk Kampung Melayu Raya.

Ketua PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa, kata DUN Kemelah memerlukan perubahan.
PETALING JAYA:
Pengundi DUN Kemelah diseru memilih calon Pakatan Harapan pada hari mengundi esok, mendakwa Barisan Nasional (BN) membiarkan penduduk Kampung Melayu Raya di Segamat, Johor resah berdepan notis pengosongan.

Ketua PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa, berkata BN sepatutnya menjadi pihak pertama yang tampil membantu dan menyelaras tindakan bersama pihak berkuasa, ketika penduduk berdepan notis pengosongan dan memerlukan pembelaan.

“Di manakah Adun Kemelah dan kepimpinan Umno-BN ketika penduduk Kampung Melayu Raya berdepan notis pengosongan dan memerlukan pembelaan?” katanya di Facebook.

“Kerajaan negeri orang dia, Adun orang dia, ahli majlis orang dia, ketua kampung orang dia. Sepatutnya mereka menjadi pihak pertama yang tampil membantu dan menyelaras tindakan bersama pihak berkuasa.”

Calon PH, Afif Hamid, mencabar penyandang, N Saraswati, yang mempertahankan DUN Kemelah dengan majoriti nipis, 1,611 undi.

Zaliha adalah Ahli Parlimen Sekijang, yang turut meliputi DUN Kemelah. Beliau turut memuat naik video berkempen di Kampung Melayu Raya.

Menurut Zaliha, sekumpulan orang kampung bertemu beliau pada Ramadan lepas kerana diberi notis untuk keluar dari tanah-tanah yang dikenal pasti sebagai ‘rizab jalan’.

Zaliha berkata beliau turun padang untuk melihat tanah-tanah berkenaan, kemudian membawa perkara itu ke mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, dan meminta libat urus diadakan dengan penduduk.

“Malangnya, rakyat dibiarkan resah sehingga perkara ini terpaksa saya bawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah,” katanya.

Zaliha menyeru penduduk supaya mengundi calon PH kerana “Kemelah memerlukan perubahan”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.