`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, July 12, 2026

4 penyandang tumbang pada PRN Johor

 Bekas menteri besar Dr Sahruddin Jamal dari PN jadi nama besar yang gagal pertahan kerusi.

Ng Kor Sim (Jementa), Ee Chin Li (Tangkak), Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong) dan Arthur Chiong (Bukit Batu) gagal pertahan kerusi masing-masing pada PRN Johor.
PETALING JAYA:
Empat penyandang gagal mempertahankan kawasan mereka pada PRN Johor semalam dengan Pengerusi Perikatan (PN) negeri Dr Sahruddin Jamal antara satu daripadanya.

Ketua Bersatu Johor itu tewas di Bukit Kepong, kerusi disandangnya sejak 2018 selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Ahmad Syarie Yusof.

Ahmad Syarie meraih 16,386 undi, jauh mengatasi Sahruddin yang memperoleh 5,625 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) C Subramani dengan 4,667 undi.

Di Jementah, Ng Kor Sim daripada PH tewas kepada calon BN See Ann Giap dengan majoriti 913 undi.

See memperoleh 12,522 undi berbanding Ng yang meraih 11,609 undi, manakala calon PN Saifullah Abdul Wahab mendapat 2,907 undi.

Pada PRN 2022, Ng memenangi Jementah dengan majoriti tipis 714 undi.

Nasib sama menimpa satu lagi calon PH iaitu Ee Chin Li di Tangkak apabila tewas kepada calon BN Haw Chin Teck dengan majoriti 3,182 undi.

Haw memperoleh 14,010 undi berbanding Ee yang mendapat 10,828 undi. Ee memenangi kerusi itu pada 2022 dengan majoriti tipis 372 undi.

Pertarungan paling sengit membabitkan penyandang berlaku di Bukit Batu apabila Arthur Chiong tewas kepada calon BN R Kumaran dengan majoriti hanya 174 undi.

Kumaran mendapat 16,899 undi, manakala Chiong dari PH memperoleh 16,725 undi.

Pada PRN lalu, Chiong juga menang dengan majoriti tipis, iaitu 137 undi.

Muda pula kehilangan satu-satunya kerusi yang dimenanginya pada PRN 2022 apabila Puteri Wangsa dirampas PH.

Calon PH Maszlee Malik memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,744 undi selepas memperoleh 41,821 undi.

Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz mewakili DUN berkenaan sebelum ini namun beliau tidak mempertahankan kerusi itu kali ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.