`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, July 12, 2026

Selepas Sabah, kemerosotan DAP di Johor bukan lagi anomali, kata penganalisis

 Azmi Hassan berkata kekalahan di beberapa kubu DAP juga membabitkan majoriti besar.

bendera dap
DAP hanya dapat pertahan enam kerusi pada PRN Johor, berbanding 10 dimenangi empat tahun lalu. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Kemerosotan prestasi DAP pada PRN Johor perlu menjadi isyarat buat parti itu yang penolakan terhadapnya terutama di kalangan pengundi bukan Melayu bukan lagi sekadar masalah terpencil, kata penganalisis.
azmi hassan
Azmi Hassan.

Azmi Hassan berkata walaupun prestasi DAP pada PRN Johor tidak seburuk dialaminya pada PRN Sabah tahun lalu, namun kehilangan beberapa kerusi yang dianggap kubu kuat tetap menjadi tamparan hebat kepada parti itu dan Pakatan Harapan (PH).

“Jika keputusan di Sabah (kalah semua lapan kerusi) sebelum ini dianggap sebagai satu anomali, di Johor pula memberi isyarat jelas mereka (pengundi bukan Melayu) tidak berpuas hati dengan pencapaian DAP walaupun parti itu berada dalam kerajaan.

“DAP mempunyai kubu kuat di Johor tetapi akhirnya tewas, malah ada dengan majoriti agak besar,” kata penganalisis dari Akademi Nusantara itu kepada FMT.

Azmi berkata kekalahan DAP juga mungkin berpunca kehadiran Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang memecahkan undi dan melemahkan PH, khususnya PKR dan DAP.

Pada PRN semalam, DAP kehilangan empat kerusi disandangnya selepas Johor Jaya, Tangkak, Jementah dan Perling dirampas MCA serta MIC yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu menyebabkan prestasi DAP merosot daripada 10 kerusi pada PRN 2022 kepada hanya enam kerusi kali ini.

DAP mempertahankan Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Stulang, Skudai dan Senai.

Cubaannya merampas Bekok, Parit Raja, Tiram, Bukit Permai, Paloh, Yong Peng dan Pekan Nenas juga gagal.

Wong Chin Huat
Wong Chin Huat.

Wong Chin Huat daripada Universiti Sunway pula berkata kemerosotan sokongan masyarakat bukan Melayu terhadap PH kini turut merebak ke kawasan yang selama ini dianggap sebagai benteng tradisi gabungan itu.

Beliau berkata, ketidakpuasan hati pengundi bukan Melayu terhadap PH menjadi antara faktor yang menghakis kekuatan gabungan berkenaan pada pilihan raya itu.

Menurutnya, keadaan itu turut memberi ruang kepada MCA untuk meraih semula sebahagian sokongan masyarakat Cina.

“MCA berjaya memulihkan sedikit sokongan pengundi Cina, selain mendapat manfaat daripada perpindahan undi penyokong Perikatan Nasional (PN) susulan strategi yang dimainkan PAS,” katanya.

Beliau merujuk gesaan PAS supaya penyokongnya mengundi BN di kerusi tidak ditandingi PN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.