`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, July 12, 2026

Bekalan tenaga terjamin, kerajaan pantau situasi di Selat Hormuz

 Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata ketidaktentuan harga minyak dan gas di pasaran dunia akibat perkembangan geopolitik dijangka terus memberi cabaran kepada ekonomi negara.

hormuz
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata Malaysia tidak berdepan masalah bekalan tenaga setakat ini susulan langkah proaktif diambil Petronas dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi rundingan pelbagai peringkat. (Gambar EPA Images)
KUCHING:
Bekalan bahan api bagi sektor tenaga negara kekal terjamin dan kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan terkini ketegangan di Selat Hormuz, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.

Beliau berkata, Malaysia tidak berdepan masalah bekalan tenaga setakat ini susulan langkah proaktif diambil Petronas bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerusi rundingan pelbagai peringkat bagi memastikan keselamatan bekalan negara.

“Kita melalui Petronas telah berunding, dengan perdana menteri ke merata tempat membuat perundingan dan bekalan tenaga kita setakat ini adalah terjamin,” katanya selepas Majlis Perasmian Penangguhan Regatta 2026 di jeti utama Kampung Sejijak, di sini.

Bagaimanapun, menteri peralihan tenaga dan transformasi air itu berkata, ketidaktentuan harga minyak dan gas di pasaran dunia akibat perkembangan geopolitik dijangka terus memberi cabaran kepada ekonomi negara.

“Meskipun bekalan terjamin dari segi harga adalah satu yang mencabar. Sebab itu volatiliti dari segi harga pasaran minyak dan gas itu sudah pasti akan menjejaskan kedudukan (bekalan) negara kita.”

Beliau berkata, keadaan itu juga akan memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara, walaupun kerajaan terus melaksanakan program subsidi dan bantuan kepada rakyat.

“Jadi, inilah cabaran yang perlu kita hadapi dan bagaimana kita nak merancang bagi memastikan kemampanan dari segi kewangan negara supaya kita dapat membantu rakyat, akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.