`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, July 13, 2026

Wanita rentung tersepit dalam kereta terbakar

 Mangsa dikenal pasti sebagai Simbut Sigai yang ditemui tersepit di tempat duduk pemandu.

Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta di jejambat Jalan Sibu-Bintulu, Selangau. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang wanita rentung selepas kereta dipandunya terbakar di jejambat Jalan Sibu-Bintulu, Selangau.

Mangsa dikenal pasti sebagai Simbut Sigai, 49, yang ditemui tersepit di tempat duduk pemandu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.22 malam tadi.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati sebuah kereta sedan terbakar membabitkan bahagian enjin dan hadapan kenderaan.

“Maklumat awal diterima memaklumkan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kereta terbabit,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, anggota bomba segera memadamkan api sebelum meneruskan operasi menyelamat mangsa tersepit.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.