`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, August 3, 2026

Kematian anjing: Kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR dalam masa terdekat

 Ketua polis Klang Selatan beri jaminan penuh siasatan akan dijalankan secara adil, telus dan profesional.

Lim Jit Huey
Ketua Polis Klang Selatan Lim Jit Huey berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan semua bukti dan keterangan berkaitan dalam siasatan kes kematian seekor anjing semasa operasi MBDK 29 Julai lepas. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis sedang melengkapkan siasatan membabitkan kematian seekor anjing semasa operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang pada 29 Julai, dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Klang Selatan Lim Jit Huey berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan semua bukti dan keterangan yang berkaitan.

“Polis memberi jaminan penuh bahawa siasatan akan dijalankan secara adil, telus dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Dalam pada itu, Lim turut mengesahkan satu perhimpunan yang dihadiri sekumpulan individu di hadapan IPD Klang Selatan pada 10.15 malam semalam bertujuan membuat desakan secara aman berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak agar bertenang dan memberikan ruang sepenuhnya kepada proses perundangan yang sedang dijalankan.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat atau menyebarkan sebarang spekulasi yang mampu mengganggu kelancaran siasatan.

Terdahulu dilaporkan Lim berkata, kertas siasatan berhubung insiden ketika operasi tangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan kerjasama penduduk setempat telah dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.