`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, August 2, 2026

Polis Kelantan jamin lokap cukup tampung tahan penagih setiap hari

 Polis Kelantan laksana strategi baharu banteras salah guna dadah dengan mewajibkan 56 ketua balai polis tangkap seorang penagih dadah setiap hari bermula 15 Julai lalu.

jail prison
Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat berkata tiada isu lokap penuh kerana jumlah tahanan masih mampu ditampung setakat ini. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Polis Kelantan memberi jaminan lokap di 56 balai polis negeri itu mencukupi dan tidak berdepan masalah kesesakan untuk arahan menahan seorang penagih dadah setiap hari bermula 15 Julai lalu.

Ketua Polis Kelantan, Yusoff Mamat, berkata tiada isu lokap penuh kerana jumlah tahanan masih mampu ditampung setakat ini.

“Alhamdulillah, keadaan lokap masih mencukupi dan tidak timbul sebarang masalah.

“Kita sudah membuat pelan strategik dan bersasar, iaitu ketua balai tangkap penagih di kawasannya, manakala ketua Bahagian Narkotik daerah dan ketua Jabatan Narkotik IPK menyasarkan pengedar, termasuk tokan besar,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di Kota Bharu.

Bulan lalu, Yusoff mengumumkan strategi baharu membanteras penyalahgunaan dadah dengan mewajibkan 56 ketua balai polis di Kelantan menahan seorang penagih dadah setiap hari bermula 15 Julai lalu.

Walaupun kes dadah di Kelantan mencatatkan penurunan, tegasnya, strategi menangkap seorang penagih setiap hari tetap perlu dilakukan kerana kes dadah dan penagih masih berleluasa di negeri itu.

Pada 30 Julai lalu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dilapor mempertahankan strategi itu berdasarkan keadaan semasa di Kelantan kerana hampir tiada kampung di negeri itu yang terlepas daripada masalah penyalahgunaan dadah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.