`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, August 2, 2026

Samun guna pisau: 2 remaja antara 7 ditahan bantu siasatan

 Dua remaja masing-masing berusia 13 dan 19 tahun antara tujuh individu ditahan awal pagi semalam.

Ketua Polis Wangsa Maju Annas Sulaiman berkata, kesemua tujuh individu ditahan kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang remaja berusia 13 tahun antara tujuh ditahan bagi membantu siasatan kes samun menggunakan pisau di sebuah kediaman di Jalan Ampang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Wangsa Maju Annas Sulaiman berkata, selain itu, lima lelaki berusia 22 hingga 38 tahun dan seorang lagi remaja perempuan berusia 19 tahun turut diitahan di kawasan tempat letak kenderaan di Jalan Metro Pudu pada 3 pagi semalam.

Beliau berkata, penahanan itu susulan laporan seorang lelaki berusia 21 tahun yang mendakwa disamun empat lelaki tidak dikenali ketika berada di rumah itu.

“Kesemua tujuh individu itu kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan IPD Wangsa Maju melalui talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.