`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, August 19, 2026

Kampus pusat data berskala besar bakal dibangunkan di Sedenak

 Ia dibangunkan di Sedenak Tech Park (STeP) West, Johor yang berpotensi meliputi kawasan seluas kira-kira 545 ekar.

Pusat data baharu itu bersama dengan kampus sedang dibangunkan di Kulai akan mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab serantau utama bagi AI pengkomputeran awan dan inovasi digital.
PETALING JAYA:
Sebuah kampus pusat data berskala gigawatt akan dibangunkan di Sedenak Tech Park (STeP) West, Johor, yang berpotensi meliputi kawasan seluas kira-kira 545 ekar.

Ia membabitkan kerjasama YTL Power International Bhd dan JLand Group, masing-masing menerusi anak syarikatnya iaitu JLG Technopark Sdn Bhd serta SIPP Power Sdn Bhd.

SIPP Power akan memperoleh kira-kira 145 ekar tanah dengan pilihan mendapatkan sehingga 400 ekar lagi bagi pengembangan masa depan.

Kampus baharu di Sedenak itu akan melengkapi YTL Green Data Center Park di Kulai yang dirancang mempunyai kapasiti sehingga 1.2GW, bagi memenuhi permintaan terhadap pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan perkhidmatan digital.

Pengarah Urusan Kumpulan JLand Group Akmal Ahmad berkata kemasukan YTL Power ke ekosistem Ibrahim Technopolis (IBTEC) akan membawa pelaburan infrastruktur digital yang besar serta mengukuhkan sektor tenaga, utiliti dan teknologi.

Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Yeoh Seok Hong pula berkata kampus Sedenak menjadi pengembangan penting bagi platform infrastruktur digital syarikat itu di Johor dan rantau ini.

“Bersama kampus kami yang sedang berkembang di Kulai, Sedenak akan terus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab serantau utama bagi AI, pengkomputeran awan dan inovasi digital,” katanya.

Projek itu juga dijangka mewujudkan pekerjaan berkemahiran dalam pembinaan, kejuruteraan, teknologi dan operasi pusat data. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.