Kuching rekod bacaan IPU tertinggi, iaitu 261, selain Serian, Sri Aman dan Samarahan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Azuri Azizah Saedon berkata, tiga lagi kawasan merekodkan bacaan sangat tidak sihat ialah IPD Serian (254), Sri Aman (234) dan Samarahan (231).
Menurutnya, 23 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu di Perak membabitkan Tasek Ipoh (159), Pegoh Ipoh (151), Seri Manjung (156) dan Tanjung Malim (156) manakala di Kuala Lumpur membabitkan Batu Muda (163) dan Cheras (159).
Di Selangor, IPU tidak sihat direkodkan di Kuala Selangor (124), Petaling Jaya (154), Shah Alam (163), Klang (155), Johan Setia (165) dan Banting (159) manakala di Negeri Sembilan, Nilai (159) dan Seremban (153).
Selain dua kawasan di Melaka, iaitu Alor Gajah dan Bukit Rambai, masing-masing mencatatkan bacaan IPU 146 dan 107).
Turut mencatatkan IPU tidak sihat, ILP Miri (173), Miri (164), Samalaju (179), Bintulu (168), Mukah (185) dan Sarikei (185) yang kesemuanya di Sarawak serta Putrajaya (156).
Azuri Azizah berkata, berdasarkan laporan Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 7 Sept, sebanyak 109 titik panas dikesan di Kalimantan, 119 di Sumatera dan lima titik panas di Malaysia, iaitu empat di Pahang dan satu di Terengganu.
“ASMC turut melaporkan kepulan asap rentas sempadan sederhana hingga tebal diperhatikan meliputi bahagian barat laut Borneo,” tambahnya.
“Kepulan asap sederhana hingga tebal turut diperhatikan berpunca daripada kelompok titik panas yang dikesan di banyak kawasan di Kalimantan, bahagian timur Jawa serta bahagian tengah dan selatan Sumatera. Jerebu sederhana turut diperhatikan di bahagian barat Semenanjung Malaysia.”
Beliau berkata, JAS menerusi Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) akan terus memantau kualiti udara dari semasa ke semasa dengan tindakan dilaksanakan bersama agensi berkaitan mengikut tahap dan perkembangan semasa. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.