Ketua Pemuda Umno Johor bidas kenyataan pengerusi PH Johor, yang juga ketua Amanah negeri, parti yang hanya tinggal satu kerusi DUN.

Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros sebaliknya menyindir Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan, yang juga ketua Amanah negeri, bahawa parti itu yang sebenarnya hampir terkubur apabila hanya tinggal satu kerusi DUN.
“BN ada 40 DUN, itu bukan ‘batu nisan’. Yang hampir (dapat) ‘batu nisan’ di Johor (ialah) Amanah, bukan Umno … (Amanah tinggal) satu DUN, (iaitu) Simpang Jeram,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, PH Johor menzahirkan keyakinan mencatat kejayaan sekali lagi dalam PRN seperti yang pernah dicapai ketika PRU14 pada 2018.
Aminolhuda malah menegaskan pakatan tersebut boleh ‘menguburkan’ BN buat kali kedua.
Berucap pada konvensyen PH di Johor, Aminolhuda berkata, keyakinan tersebut tercetus setelah Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi memberi isyarat jelas bahawa tiada lagi ruang kerjasama politik antara BN dengan PH.
Katanya, Johor memang merupakan kubu kuat Umno, namun keputusan PRU lapan tahun lalu juga menunjukkan parti itu boleh dikalahkan di tempat kelahirannya sendiri. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.