Setiausaha BN Johor Abdul Halim Suleiman berkata kerajaan negeri hari ini dibentuk hasil mandat rakyat pada PRN 2022, bukan kerajaan perpaduan seperti peringkat persekutuan.

Setiausahanya Abdul Halim Suleiman berkata tindakan melabel pendirian itu sebagai pengkhianatan tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat memandangkan.
Menurutnya, ini memandangkan realiti politik Johor berbeza dengan konteks kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
Halim menegaskan kerajaan negeri ketika ini dibentuk hasil mandat rakyat pada PRN Johor 2022 dan barisan exconya semua dianggotai wakil rakyat BN.
Pada PRN 2022, BN menguasai 40 kerusi manakala PH menang 12 , Perikatan Nasional (3) dan Muda (1).
“Di mana letaknya pengkhianatan apabila BN mahu mempertahankan mandat rakyat, kekuatan sendiri dan rekod pentadbiran yang telah dibuktikan?
“BN Johor tidak mengkhianati sesiapa. Dalam demokrasi, bertanding bukan pengkhianatan kerana yang menentukan akhirnya ialah rakyat Johor,” kata Halim dalam kenyataan.
Awal hari ini, Timbalan Setiausaha Agung DAP Ramkarpal Singh menyifatkan keputusan BN Johor bertanding di semua 56 kerusi DUN sebagai penghinaan terhadap maruah PH.
Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi pada Sabtu dilaporkan berkata keputusan bertanding di semua kerusi dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi Umno dan BN negeri.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim siang tadi pula memberi isyarat gabungan itu bersedia bertanding di semua kerusi di Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) meneruskan cabaran pilihan raya secara besar-besaran menjelang pilihan raya akan datang.
Malah, PH juga akan berbuat demikian di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang yang kesemua kerajaan negeri itu ditadbir bersama BN.
Pada PRN 2022, BN menguasai 40 kerusi manakala PH menang 12 , Perikatan Nasional (3) dan Muda (1). - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.