`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, July 18, 2026

4 stesen JPS di Selangor rekod paras air sungai lebih tahap amaran

 Antara stesen terlibat termasuk di Sungai Bakul di daerah Petaling dan Sungai Rasau di Klang.

sungai
Tahap amaran stesen JPS tunjuk paras air di beberapa sungai di daerah Petaling dan Klang hampiri aras banjir. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Sebanyak empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras air sungai melebihi tahap amaran setakat 8.15 malam ini.

Berdasarkan data di portal PublicInfo Banjir, stesen terbabit ialah Sungai Bakul di Kampung Budiman, Petaling; Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang, dan Tugu Keris, Klang; serta Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang.

Menurut portal itu, tahap amaran menunjukkan paras air sungai menghampiri aras banjir dan penduduk di kawasan terlibat disaran bersiap sedia untuk berpindah jika perlu.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi situasi banjir di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam, selain memaklumkan siren amaran banjir dibunyikan petang tadi.

Seorang pengguna Threads, @azleee77, memaklumkan siren amaran pertama dibunyikan pada 5.45 petang sebelum bertukar kepada siren bahaya pada 6.40 petang.

“Siren pertama (amaran) dibunyikan pada 5.45 petang, manakala pengumuman bertukar kepada siren bahaya pada 6.40 petang,” katanya.

Seorang lagi pengguna Threads, @miazays, berkongsi keadaan banjir di sekitar Central i-City, Shah Alam yang memperlihatkan paras air meningkat di kawasan berkenaan.

Setakat ini, pihak bomba belum mengesahkan situasi banjir di kawasan berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.