`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 17, 2026

Kerajaan negeri Melaka tak isi jawatan dikosongkan PH

 Ketua Menterinya Ab Rauf Yusoh berkata ia memandangkan baki tempoh pentadbiran kerajaan negeri adalah singkat.

Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Pakatan Harapan Melaka menarik diri daripada pentadbiran negeri dan tidak berhasrat memanjangkan perkara itu. (Gambar Facebook)
JASIN:
Kerajaan negeri Melaka tidak akan mengisi jawatan dikosongkan wakil Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran negeri susulan keputusan gabungan itu menarik diri daripada kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata semua jawatan disandang wakil PH termasuk exco, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terbubar secara automatik, tidak akan diisi memandangkan baki tempoh pentadbiran kerajaan negeri adalah singkat.

“Seperti dimaklumkan dalam media, secara automatik ia terbubar. Kita tidak akan mengisi jawatan berkenaan kerana tempoh pentadbiran yang tinggal tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Exco Bersama Rakyat (HEBAT) di Merlimau, di sini hari ini.

Ab Rauf berkata kerajaan negeri menghormati keputusan PH Melaka menarik diri daripada pentadbiran negeri dan tidak berhasrat memanjangkan perkara itu.

“Kita tidak mahu menjadikan perkara ini sebagai medan pergaduhan yang membawa pada permusuhan peribadi atau serangan tidak baik,” katanya.

Ab Rauf berkata sepanjang hampir tiga tahun mentadbir negeri bersama-sama PH, pentadbiran kerajaan berjalan dengan baik, namun perbezaan pendirian menyebabkan gabungan itu memilih haluan sendiri dan beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Semalam, PH Melaka mengumumkan keputusan muktamad menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi mewujudkan jawatan Adun lantikan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.