`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 17, 2026

PAS tak kisah Bersatu mahu bentuk gabungan baharu luar PN

 Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan semua pihak 'tidak terlalu ekstrem' menetapkan garis hubungan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man faham keperluan Bersatu sambil anggap sifat politik itu sendiri sentiasa berubah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
PAS memahami keperluan Bersatu ingin membentuk gabungan baharu luar daripada Perikatan Nasional (PN), sambil menyifatkan sifat politik itu sendiri sentiasa berubah.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, justeru semua pihak dinasihatkan ‘tidak terlalu ekstrem’ menetapkan garis hubungan dengan mana-mana rakan sekutu.

“Politik ni sesuatu yang bersifat pragmatik, maka sikap sederhana adalah baik.

“Kalau kita suka sesuatu jangan terlampau kasih, mungkin satu hari menjadi musuh; begitu juga kalau kita benci sesuatu, jangan terlampau benci, mungkin suatu hari menjadi kawan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bahawa parti itu akan membentuk gabungan baharu dengan parti lain selepas PRN Negeri Sembilan.

Muhyiddin berkata, antara yang akan menyertai gabungan baharu itu ialah parti di bawah Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), termasuk Putra pimpinan Ibrahim Ali dan Urimai diketuai P Ramasamy.

Menurut bekas perdana menteri itu, Bersatu bagaimanapun masih bersama PN meskipun beliau menganggap gabungan itu sudah menjadi toksik dan terpesong daripada perjuangan bawah pimpinan PAS.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata dalam mendepani dinamika politik semasa, sumbangan setiap pihak yang pernah bekerjasama sebelum ini wajar dihargai.

“Setiap pihak ada sumbangan yang perlu dihargai, sebagaimana ada pihak melakukan kesalahan yang perlu dijadikan peringatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.