`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, July 16, 2026

Video tular kasari ibu, pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan

 Lelaki berusia 30an itu ditahan untuk siasatan lanjut bagi memastikan sama ada benar-benar wujud unsur kekerasan seperti dalam video tular, kata polis.

Hanyan Ramlan
Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan minta orang ramai agar tidak buat spekulasi dan benarkan polis jalan siasatan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang pengawal keselamatan bagi membantu siasatan berhubung video tular menunjukkan kekasaran terhadap wanita dipercayai ibunya di hadapan pejabat zakat di Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30an itu ditahan untuk siasatan lanjut bagi memastikan sama ada benar-benar wujud unsur kekerasan seperti yang dilihat dalam video tular itu.

“Kita perlu lebih telus dan siasat sama ada, ada tak saksi-saksi lain untuk bantu kita, berlaku atau tidak kekerasan … ataupun mungkin daripada sudut-sudut tertentu nampak macam berlaku kekerasan, tapi sebenarnya tidak.

“Jadi saya nak minta bantuan … sekiranya ada saksi ataupun video-video lain yang boleh bantu pihak polis membuat siasatan daripada pelbagai sudut pandangan, minta tampil,” katanya kepada pemberita ketika hadir di sebuah acara di Sungai Petani hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut hantaran video tular itu, lelaki terbabit didakwa memegang sesuatu dipercayai objek tajam dan seakan-akan menarik tudung wanita itu, menyebabkan dia akur dengan arahan untuk membonceng motosikal.

Berhubung dakwaan penggunaan senjata tajam dalam kejadian tersebut, Hanyan berkata, tiada sebarang rampasan dibuat setakat ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan membenarkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Pegawai Zakat Kuala Muda Ahmad Mustaqim Zainul Abidin mengesahkan kedua-dua beranak itu hadir ke pejabatnya untuk menghantar sebut harga bagi kerja-kerja membaiki rumah yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, wanita berusia 50an itu dipercayai orang kurang upaya (OKU) mental yang tinggal bersama anak tunggal lelaki, menantu dan seorang cucu di Kampung Segantang Garam, Merbok.

“Zakat bersetuju untuk membaik pulih rumah mereka yang serba kekurangan dengan menyediakan dua bilik, ruang dapur dan tandas memandangkan sebelum ini tiada kemudahan berkenaan…jadi mereka hadir untuk hantar dokumen diperlukan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.