`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, July 16, 2026

Inkues Zara: Ketiadaan ibu bapa bukan faktor tentu kerapuhan emosi anak, kata pakar

 Interaksi berterusan jauh lebih penting, kata pakar mengulas berhubung keselamatan psikologi kanak-kanak.

Zara Qairina
Pakar perunding psikiatri beritahu Mahkamah Koroner, Zara Qairina Mahathir tetap usaha pertahan imej positif bapanya dalam kalangan rakan-rakan sekolah walaupun hubungan mereka agak terhad. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Seorang pakar perunding psikiatri memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kerapuhan emosi seorang kanak-kanak tidak seharusnya ditentukan semata-mata oleh ketiadaan susuk ibu bapa terutama apabila terdapat konflik dalam keluarga.

Dr Wong Haw Huo berkata, tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada keselamatan psikologi kanak-kanak itu, termasuk bagaimana dia melihat persekitaran rumah sama ada terdapat penjagaan yang mencukupi, kasih sayang dan komunikasi yang baik selain keperluan asas dipenuhi.

“Interaksi berterusan dengan kanak-kanak itu jauh lebih penting daripada kita hanya memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti faktor risiko ini,” katanya dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pegawai pengendali prosiding Mohd Fairuz Johari sama ada ketiadaan bapa remaja itu, iaitu Mahathir Hashim, telah menyebabkan keadaan emosi Zara Qairina berada dalam keadaan yang lebih rapuh jika berlaku konflik antara dia dan ibunya, Noraidah Lamat.

Walaupun seseorang kanak-kanak mempunyai kelemahan dari segi emosi, Dr Wong berkata keadaan itu tidak semestinya menyebabkan mereka mengalami kesan negatif pada masa hadapan.

Katanya, perkara itu boleh dicapai sekiranya penjaga utama terus memantau, menyelia dan memberi bimbingan yang sesuai untuk membantu kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain serta menyesuaikan diri secara berdikari dalam persekitaran baharu.

Dr Wong berkata, tiada asas untuk mempersoal keupayaan keibubapaan ibu Zara Qairina kerana maklumat yang dikongsikan oleh wanita tersebut disokong oleh bukti lain termasuk gambar-gambar anugerah diterima remaja berusia 13 tahun itu dan pengetahuan terperinci beliau mengenai makanan kegemaran serta rutin harian anaknya di rumah.

Tambahnya, Zara Qairina tetap berusaha mempertahankan imej positif bapanya dalam kalangan rakan-rakan sekolah rendah walaupun hubungan mereka agak terhad selepas Mahathir meninggalkan keluarga ketika dia masih kecil.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas dia ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan berhampiran longkang di asrama sekolahnya pada kira-kira 4 pagi.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.