Pengerusi BN Zahid Hamidi mahu realiti politik diguna sebagai peluang merangkul 'orang Islam dan bukan Islam' dalam BN dan PN.

Pengerusi Zahid Hamidi, berkata pendirian itu selaras ketetapan dibuat Presiden PAS Hadi Awang supaya penyokong dan ahli PN memilih BN, sebagaimana dilakukan pada PRN Johor.
“Kita juga tentu akan melakukan perkara sama (arah ahli dan penyokong sokong PN).
“Kita harap bukan hanya jentera, tapi pengundi-pengundi di kedua belah pihak dapat menterjemahkan sokongan kepimpinan daripada dua parti gabungan ini,” katanya kepada pemberita selepas program Gema@KKDW 2026 peringkat Negeri Sembilan di Felda Palong 8.
Terdahulu ketika berucap, Zahid menggambarkan PN sebagai ‘rakan baru’.
“BN hanya bertanding 25, 11 lagi ditandingi rakan baru kita (PN), kita ucapkan terima kasih pada rakan baru kita untuk merealisasikan resipi politik.
“Kita tidak mahu menzalimi sesiapa, tetapi tiba waktu perpaduan Melayu dan Islam ini dapat direalisasikan di negara ini. Kita bukan mahu menolak bangsa lain, kita bukan mahu menolak agama lain, kita bukan mahu menolak sesebuah parti atas nama perkauman,” katanya.
Zahid mahu realiti politik digunakan sebagai peluang merangkul orang Islam dan bukan Islam dalam BN dan PN.
“Ini adalah satu realiti politik. Inilah peluang dianugerahkan Allah kepada kita orang Islam, orang Melayu, dan kita rangkul juga orang bukan Islam, BN dan juga PN. Sesungguhnya kita adalah sebuah keluarga bermasyarakat majmuk.” - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.