`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, July 20, 2026

Bersatu hanya kacau daun, Khaled gesa pengundi N Sembilan bagi ‘KO’

 Naib Presiden Umno tegas Bersatu perlu ditolak sepenuhnya sehingga tidak lagi ada asas untuk bertanding pada PRU.

Naib Presiden Umno Khaled Nordin harap Negeri Sembilan akan contohi Johor dengan tidak langsung beri sokongan kepada Bersatu.
KUALA PILAH:
Naib Presiden Umno Khaled Nordin menyifatkan Bersatu hanya ‘kacau daun’ pada PRN Negeri Sembilan nanti, justeru beliau menggesa pengundi memastikan parti itu tidak menang walau satu kerusi pun.

Beliau menegaskan bahawa Bersatu, yang menurutnya ditubuhkan untuk menggantikan Umno, perlu ditolak sepenuhnya sehingga tidak lagi mempunyai asas untuk bertanding pada PRU akan datang.

“Ramai (calon Bersatu) yang hilang wang deposit (pada PRN Johor baru-baru ini) dan saya harap Negeri Sembilan juga akan mengekalkan rekod untuk pastikan Bersatu langsung tak dapat sokongan.

“Pastikan Bersatu di Negeri Sembilan di-KO, KO habis-habis. Supaya bila PRU tak payah dia bertanding apa-apa kerusi Parlimen,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera BN DUN Johol.

Dalam pada itu, Khaled berkata, persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan memberi kelebihan kepada gabungan itu, berbanding situasi di Johor.

Katanya, persefahaman itu membuka ruang kepada pembentukan kerajaan yang lebih kukuh di Negeri Sembilan sekiranya BN menang sebahagian besar daripada 25 kerusi yang ditandingi, selain mendapat solongan baki kerusi dari PN.

“Kalau kita lihat di Johor, kita dapati bahawa kita bersaing dengan banyak parti. Kita bersaing juga dengan PN, PAS, Bersatu dan Pakatan Harapan.

“Tetapi di Negeri Sembilan ini kita ada kelebihan yang tidak ada di Johor, (iaitu) persefahaman antara BN dengan PN,” katanya.

“Apabila ada persefahaman, maka saya percaya ramai akan meletakkan harapan yang tinggi … Ini masanya BN kembali menjadi kerajaan negeri.”

PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini akan menyaksikn pertembungan antara PH, Bersatu dan BN-PN.

PH akan bertanding di semua 36 DUN, sementara BN-PN masing-masing 25 dan 11 kerusi.

Bersatu yang menggunakan lambang sendiri bertanding 24 kerusi sekali gus bertembung sesama sendiri dengan sekutu dalam PN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.