`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, July 20, 2026

Dedah anak kepada dadah, buruh didenda, jalani khidmat masyarakat

 Muhammad Shahrul Hisham Lailatulazhma, 27, didakwa dedah anaknya berusia 1 tahun 8 bulan kepada 2 jenis dadah pada April.

gavel
Hakim Mahkamah Sesyen Zulkpli Abdullah jatuhkan hukuman denda dan khidmat masyarakat terhadap seorang buruh di Pasir Mas selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan dedah anaknya kepada dadah. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang buruh didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan dan diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 36 jam oleh Mahkamah Sesyen di Pasir Mas hari ini kerana mendedahkan anak perempuannya berusia setahun lapan bulan kepada dua jenis dadah.

Hakim Zulkpli Abdullah turut memerintahkan tertuduh, Muhammad Shahrul Hisham Lailatulazhma, 27, mengikat bon berkelakuan baik sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin bagi tempoh setahun, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan dihadapinya.

Tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak kandungnya itu didakwa mendedahkan kanak-kanak itu kepada dadah sehingga menyebabkan mangsa mempunyai kandungan dadah jenis benzodiazepines dan methamphetamine dalam tubuh badannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, pada 10.30 malam, 5 April lepas, lapor Bernama.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyha Nai’lah Harizan memohon hukuman setimpal atas alasan tertuduh gagal menjaga mangsa sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terdedah kepada dadah.

“Perbuatan tertuduh memberi kesan terhadap kesihatan mangsa dan hukuman sewajarnya perlu dikenakan sebagai pengajaran,” katanya.

Muhammad Shahrul yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum dengan alasan menyara isteri yang tidak bekerja serta anaknya itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.