`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, July 19, 2026

Budak 12 tahun meninggal dunia ketika sertai kejohanan bola sepak

 Polis Johor Bahru Selatan klasifikasi kes sebagai mati mengejut.

Allahyarham Danish Hizqeel Mohd Hanif dilapor rebah ketika menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) di sebuah pusat sukan, di Johor Bahru. (Gambar Shining FC)
JOHOR BAHRU:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai kejohanan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) di sebuah pusat sukan di sini, semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook Shining FC, Allahyarham Danish Hizqeel Mohd Hanif yang menyertai kelab itu sejak berusia lapan tahun disifatkan seorang bersemangat, rajin berlatih, menghormati jurulatih serta sentiasa membawa senyuman kepada rakan-rakannya.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat besar buat seluruh keluarga Shining Academy. Kenangan, semangat dan jasanya akan sentiasa terpahat di hati kami.

“Kami mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA) memaklumkan Danish Hizqeel mempunyai bakat yang besar dalam sukan bola sepak dan kehilangannya amat dirasai oleh seluruh komuniti bola sepak negeri.

Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Pasir Gudang itu menerusi hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Azrul Hisham Mohd Shaffei, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.