`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, July 19, 2026

Pemuda Umno Kapar harap formula kerjasama BN-PN diperluas ke Selangor

 Affifi Aris berkata, kerjasama sedemikian mampu satukan orang Melayu, kukuh peluang BN rampas semula kerusi di negeri itu.

Mohd Affifi Aris
Ketua Pemuda Umno Kapar Affifi Aris yakin jika formula kerjasama BN-PN pada PRN Negeri Sembilan berjaya, kesan yang sama boleh dicapai di Selangor. (Gambar Facebook)
KLANG:
Ketua Pemuda Umno Kapar Affifi Aris berharap formula kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan dapat diperluas ke Selangor pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, penyatuan itu selari dengan hasrat akar umbi yang mahu melihat kerjasama lebih erat antara parti-parti Melayu.

“Hari ini presiden dah dengar apa yang kita mahukan. Sudah tiba masanya kita menyantuni orang Melayu di bawah.

“Kalau formula di Negeri Sembilan ini berjaya, saya yakin kesannya akan dibawa ke Selangor,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kapar di Dewan Serbaguna Bandar Sultan Suleiman, hari ini.

Affifi berkata, kerjasama itu berpotensi membantu BN merampas semula kerusi Parlimen Kapar, yang mempunyai kira-kira 70% pengundi Melayu, serta tiga DUN di dalamnya.

Tambahnya, mana-mana calon yang dipilih kelak perlu diberi sokongan penuh bagi memenuhi matlamat utama iaitu memastikan kemenangan gabungan itu.

“Kita kena bantu sehabis baik kerana inilah peluang terbaik untuk kita menawan kembali setiap DUN yang ada di Parlimen Kapar,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos ini, BN hanya bertanding di 25 daripada 36 kerusi DUN, manakala baki 11 kerusi ditandingi PN, mencerminkan kerjasama pilihan raya antara kedua-dua gabungan itu.

Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, prestasi kerjasama antara BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan bulan depan akan menjadi penentu kepada hala tuju kedua-dua gabungan itu pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, ini termasuk jajaran politik baharu bagi menghadapi PRN Melaka dan PRU16. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.