Sebagai bapa dan juga 'grandfather' saya cukup rasa 'disgusted' yang amat sangat tentang kes buli.

Buli boleh ibarat barah dalam sistem pendidikan. Entah berapa banyak kali lagi sekolah asrama termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ada kes buli. Nasib baiklah mangsa tak meninggal dunia atau jadi cacat. Walaupun demikian trauma kena buli memang will take time to heal.
Saya masih tegas dengan kenyataan kontroversial saya. Saya tidak mahu mana-mana cucu saya ada di sekolah biasa dan lebih-lebih lagi di sekolah asrama. Sekolah awam kita dan asrama are unsafe untuk anak-anak kita.
Sebelum ini ada kejadian di sekolah biasa yang mana seorang pelajar dicekik di kantin sekolah depan khalayak. Saya dah tulis panjang lebar tentang kaedah untuk mempastikan buli dan kecederaan demikian tidak berlaku. What the hell happened?
Saya tak tahu sama ada Kementerian Pendidikan dan pengurusan Mara baca tulisan saya atau tidak. Saya ulang sekali lagi cadangan saya.
Saya dah tulis tentang sekolah asrama dan bagaimana nak hentikan buli. Perkara yang paling mudah sekali adalah mengawal supaya pelajar-pelajar tahun atas dan tahun bawah tak campur selepas kelas. Maknanya akses untuk setiap tahun, contoh Tahun 1 tak boleh dimasuki oleh pelajar Tahun 2 atau Tahun 5.
Yang itu pun tak boleh faham kah? Buat pintu gril besi depan tangga akses dan bagi kunci khusus pada setiap pelajar. Lepas itu Mara belilah security camera untuk setiap akses tangga yang connected dengan handphone warden. Nak kena ada PhDkah untuk faham perkara ini?
Keduanya, setiap pelajar perlu diberi taklimat kalau ada pelajar lain minta duit, bagi saja, jangan lawan. Lepas itu pelajar itu perlu memberitahu guru dan ibu bapa. Jangan bagi tahu guru saja, takut guru tak reti buat kerja.
Pengurusan sekolah perlu mencutikan mangsa selama seminggu dan ambil tindakan atau siasatan terhadap suspek serta keluarkan mereka dari sekolah sehingga siasatan selesai dan tindakan diambil untuk buang pesalah.
Bagi kes pelajar yang kena cekik saya dah katakan kepada Kementerian Pendidikan kena assign guru pengawas untuk ronda dan awasi semua pelajar waktu rehat, waktu sebelum masuk kelas dan waktu menunggu kenderaan pulang di luar sekolah. Di Sabah, ada budak perempuan belasah budak lain sambil seorang ambil video. Susah sangat ke nak rotate guru untuk kerja demikian?
Sekarang saya nak cakap pasal hukuman. Hukuman yang saya maksudkan adalah kepada pengurusan, warden dan guru bertugas. Saya cadangkan setiap kes buli, pengurusan dan guru bertugas perlu diturunkan pangkat atau tidak ada pergerakan gaji dua tahun. Bagi warden pula yang lalai maka perlu dipecat. Jangan kita hukum pembuli saja tetapi mereka yang bertanggungjawab atas keselamatan anak-anak kita pun perlu dihukum seberat boleh.
Satu hal lagi, saya nak bagi mesej kepada Asyraf Wajdi Dusuki. Saya kagum dan bangga dengan ketegasan beliau. Mungkin kalau beliau kurang berkempen pilihan raya dan fokus kerja keselamatan anak-anak kita di kolej Mara, pahalanya lebih banyak. Nak menangkan parti politik dia tak banyak berkat tara mana pun.
Akhir sekali saya nak sarankan kepada menteri pendidikan untuk hukum juga ketua pengarah persekutuan, pendidikan daerah dan negeri. Mereka ini semua perlu diberi weightage markah buruk untuk setiap kes buli yang berlaku mengikut the severity of the bullying seperti kematian, cacat atau trauma.
Jangan perkara ini dilepas tangan pada sekolah saja yang bertanggungjawab. This should go all the way to the top.
Sebagai seorang bapa dan juga seorang grandfather saya cukup rasa disgusted yang amat sangat tentang kes buli.
Sebab saya rasa demikian adalah saya tahu cara paling mudah untuk menghalangnya daripada berlaku. Tambah disgust saya adalah apabila cadangan mudah dan tak perlu belanja banyak pun tidak diendahkan langsung. Mungkin saya nak kena tunggu di akhirat kut untuk jadi saksi kepada pengurusan sekolah dan Mara di depan Allah pasal kes buli.
There is zero excuse for bullying in school by the school, Mara or the ministry. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.