`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Wednesday, February 28, 2018

Cina, India diseru masuk tentera

atm-2

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahu lebih ramai kaum bukan Melayu menyertai organisasi pertahanan itu agar dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan anggota dan masyarakat.
Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata ATM tidak pernah menutup peluang mana-mana kaum untuk menyertainya.
“Saya menyeru kaum India, Cina, dan lain-lain kaum untuk menceburi bidang ketenteraan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Op Perisai Akidah Peringkat ATM dan pelancaran buku Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Auditorium Mindef, Wisma Pertahanan, semalam.
Beliau mengulas dakwaan Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (MACVA) Sabtu lepas bahawa kerajaan “terlalu memilih” dalam merekrut kaum Cina yang mahu menyertai bidang ketenteraan dan kepolisan.
Presidennya, Mejar (B) Tan Pau Son dilaporkan berkata lebih 100 anggota kaum Cina mahu menyertai pasukan itu sejak 2 tahun lepas tetapi ditolak atas alasan “mereka tidak cukup baik”. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.