BAYANGKAN apabila masyarakat global mentertawakan kita kerana pimpinan kerajaan terpalit dengan pelbagai skandal mega seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda yang menyalahgunakan wang dan amanah rakyat.
Mungkin ada di kalangan kita yang merasa amat malu, mungkin ada yang terhegeh-hegeh dengan sejemput dedak, dan mungkin ada yang masih keliru.
Yang pasti, kita perlu mencari jalan keluar daripada kemelut yang mendedahkan aib negara di khalayak dunia. Kita perlu mengutamakan rakyat, terutama kelas pekerja dan pertengahan, dan bukannya menjaga kepentingan kapitalis kroni tempatan dan antarabangsa.
Kita memerlukan satu suasana yang mampu menyediakan pekerjaan yang sesuai dan layak untuk rakyat Malaysia, iaitu pekerjaan yang memastikan produktiviti tinggi, kemahiran tinggi dan pendapatan tinggi serta tidak menjadikan insane seperti hamba upah.
Kita memerlukan sebuah ekonomi untuk rakyat majoriti, dan bukan untuk segelintir kelompok sahaja. Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu bergabung tenaga di antara lelaki dan perempuan, tua dan muda, progresif dan konservatif, dan gabungan Sarawak, Sabah dan Semenanjung sebagai satu entiti yang bersatu-padu.
Kita memerlukan kerajaan yang menggalakkan inovasi, pendidikan, kebebasan, kreativiti, dan penambahbaikan teknologi, dan bukannya konsesi serta habuan untuk kroni-kroni bisnis. Kita mahukan kerajaan yang mewujudkan ekonomi yang mempunyai struktur pentadbiran yang memberi ganjaran adil kepada yang layak, jujur dan rajin, dan bukan kepada mereka yang mempunyai kabel politik.
Kita sedar Barisan Nasional tidak berminat dengan cita-cita ini. Sudah tentu tidak akan berlaku sebarang bentuk reformasi. Jalan keluarnya ialah memilih sebuah kerajaan baru dalam pilihanraya umum yang akan datang ini.
Alternatifnya adalah Pakatan Harapan. Bagi kebanyakan kita, timbul persoalan: mampukah kerajaan baru Pakatan Harapan menggalas beban ini, atau mungkinkah ia tidak sehebat mana? Mungkinkah ia akan hanya menjadi indah khabar dari rupa?
Tetapi apa lagi cara yang kita ada jika sudah maklum bahawa BN hanya mahu mengekalkan kuasa tanpa mempedulikan penderitaan rakyat, khususnya tekanan kos sara hidup kita?
Apatah lagi ruang kebebasan dan hak bersuara semakin tertutup. Perkauman dan tafsiran agama dipergunakan untuk menyembunyikan kejelikan pemerintahan.
Maka jalan keluarnya adalah sebuah kerajaan baru.
Kita menuntut kerajaan baru ini untuk mengutamakan golongan majoriti rakyat tanpa mengira kaum. Mereka adalah pekerja berkolar biru. Mereka juga pekerja kolar putih di peringkat pengurusan pertengahan. Mereka termasuk petani, nelayan, pekedai kecil, pekebun kecil, penternak kecil-kecilan, peniaga runcit, penjual nasi lemak dan mee udang, pemandu teksi serta Uber dan Grab.
Ada orang kata jika ekonomi kita lemah, mengapa pusat membeli-belah sentiasa penuh, mengapa orang sanggup membeli tiket konsert yang mahal, mengapa mampu membeli kereta dan barang mewah? Sebenarnya ini bukan petanda ekonomi sihat. Ia hanya melondehkan keadaan sebenar. Ia soal jurang pendapatan dan kekayaan.
Jurang pendapatan dan kekayaan di Malaysia luas melebar. Oleh sebab itu, ada golongan berkuasa yang hidup mewah dan boros berbelanja sewaktu ekonomi negara muram. Sedangkan majoriti rakyat tertekan akibat kos sara hidup. Harga barang naik, subsidi minyak dikurangkan, tariff elektrik dinaikkan, dan hutang serta pelbagai beban kewangan bertambah.
Kesenjangan (inequality) bukan sahaja berlaku antara kaum, malah sesama kaum juga begitu luas sekali. Jika ada orang Melayu kaya, ada Melayu miskin. Jika ada orang India kaya, ada India miskin. Jika ada orang Iban kaya, ada Iban miskin. Dan begitulah seterusnya di kalangan kaum-kaum lain di negara ini. Jika kita menumpukan kepada kaum sahaja, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan tekanan kemiskinan ini.
Untuk mengatasi masalah kesenjangan serta merapatkan jurang pendapatan dan kekayaan, kerajaan baru perlu mengurangkan beban rakyat dengan mengurangkan pembaziran, membanteras rasuah serta, buat peringkat awal, menghapuskan cukai GST. Ini dapat menangkis ketirisan kewangan kerajaan, malah hasilnya dapat digunakan untuk kebajikan rakyat.
Kita juga perlu mengamalkan dasar sosioekonomi yang lebih adil dan saksama bagi memastikan tiada siapa dipinggirkan – sama ada mengikut wilayah, kaum, gender atau agama – dan ini dapat merapatkan jurang pendapatan dan kekayaan antara rakyat.
Memang tidak mudah untuk kerajaan baru PH melaksanakan semua ini tetapi berbanding pimpinan BN yang sudah diketahui sikap, sifat dan dasar mereka, lebih ramai pemimpin PH yang berjiwa marhaen. Harapan tetap ada bersama PH.
Walaupun pada skala kecil serta terpaksa menghadapi masalah berikutan tekanan kerajaan pusat, pengalaman sebenar PH mentadbir kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor sedikit-sebanyak boleh menjadi asas permulaan. Malah, di bawah kerajaan pusat PH yang baru, segala kelemahan di Pulau Pinang dan Selangor dapat diperbaiki dengan kerjasama baik antara kerajaan.
Begitu pun, fokus kepada ekonomi sahaja tidak cukup tanpa menyediakan ruang kebebasan yang dapat memastikan maruah dan harga diri terjamin. Rakyat perlu diperkasakan dengan pengetahuan yang diperlukan serta jaminan hak, peluang dan kebebasan. Hidup rakyat perlu diperkayakan dengan pembangunan yang lebih adil dan saksama untuk semua.
Kita malu apabila dunia mengenali Malaysia sebagai negara kleptokrasi. Kita juga tidak mahu kembali kepada era autokrasi. Apa yang kita mahukan adalah amalan demokrasi yang menghormati hak asasi tanpa mengira kaum, agama, gender dan wilayah. Ia soal maruah dan harga diri, dan ia adalah kewajipan kita bersama untuk merealisasikannya.
– https://www.themalaysianinsight.com
ReplyDeleteRAHASIA MENHASILKAN UANG MELIMPAH RATUSAN RIBUH HINGGA JUTAAN RUPIAH INTERNET SEKEDAR INFO BAGI ANDA YANG PERCAYA.!! MUDA"HAN DENGAN ADANYA PESAN SINGKAT INI SEMUA BISA MERUBAH NASIB SEPERTI SAYA SEKELUARGA, MENDAPATKAN DANA GAIB 700 JUTA ALHAMDULILLAH SAYA PAKAI NAIK HAJI DAN KAMI PAKAI USAHA ITULAH KISAH SAYA UANG GAIB, SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI SILAHKAN MINTA BANTUAN KEPADA AKI MANGKUBONO HANYA BELIAULAH YANG PERNAH MEMBANTU KELUARGA SAYA TERLEPAS DARI HUTANG PIUTANG.. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH ATAS BANTUN AKI MELALUI PENARIKAN UANG GAIB SEBESAR 700 JUTA SEANDAINYA GAK ADA BANTUAN BELIAU GAK TAHU NASIB KELUARGA SAYA GIMANA.. SAYA YANG DULUHNYA BUKAN SIAPA" BAHKAN SAYA JUGA SELALU DIHINAH ORANG" SEKITAR ALHAMDULLILAH SEKARANG SAYA SUDAH BANGUN RUMAH DAN USAHA SENDIRI BERKAT BANTUAN ATAU KILK DISIINI
AKI MANGKUBONO.. JIKA ANDA BUTUH BANTUAN BELIAU INI NOMER PRIBADINYA 0852 0333 3887 AKI MANGKUBONO TIDAK MELAYANI SMS.. MUDA"HAN BELIAU MAU MEMBANTU ANDA SEPERTI SAYA... TERIMA KASIH